Monday, May 12, 2014

Doakan kami ...

perjalanan yang panjang , setelah lama berkenalan . kini sudah termetrai suatu perjanjian . Alhamdulillah , telah hampir setahun kami telah diikat dengan tali pertunangan , Ya Allah , jika benar ia jodohku , engkau permudahkanlah jalan ini , jika benar dia hawaku , engkau kuatkanlah hati ini agar kami teguh menempuh segala dugaan dan cabaran bersama-sama , tidak jatuh dan tidak putus segalanya .


dia pilihan Allahyarham Ayahandaku Hassan bin Aris (Al-Fatihah) .
sahabatku Allahyarham Syafiq bin Abd. Rahman (Al-Fatihah) pernah berpesan pada hari sebelum dia meninggal dunia , " aji , aku tahu dia jodoh engkau . terus kekal . jangan main-main , nanti aku nak tengok korang kahwin " .
ya Allah , hebat sungguh petunjukmu .
aku tahu , jika dia tidak hadir dalam mimpiku . engkau berikan petunjuk pada hatiku .
doakan kami ,
lagi setahun lagi sebelum dia sah menjadi isteri .
aku yakin akan rezki yang telah engkau berikan , aku yakin pada jodoh yang engkau tetapkan , aku redha pada ajal yang akan datang ,
kerna ,
aku percaya pada Qada' dan Qadar mu ya Rabbi , ya Rahman , ya Rahim ...





Pentingnya Masa Dalam Kehidupan

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)

masa , apa itu masa ? orang kata masa itu emas malah lebih berharga daripada emas .
arggghhhh ... aku kenal emas sahaja , aku tidak kenal apa itu masa !!!
tidak kenal maka tak tahu ...
kawan , masa itu penting , percayalah ...
engkau ada duit separuh dunia sekalipun , engkau tidak mampu membeli masa . engkau hebat sehingga seluruh manusia gerun denganmu , engkau masih tidak mampu memotong masa .
kerna kehebatan masa itu tidak mampu diperolokkan oleh manusia , hebatnya Allah kerna mencipta masa . jika engkau tahu menghargai masa , engkau bukan hanya duduk dan teruskan dengan duniamu sahaja . imbangilah diantara dunia dan akhirat . 
kerna , 
orang yang hebat itu adalah orang yang pandai mengurus masa .
percayalah ...
jadinya , usah membazirkan masamu dengan perkara yang tidak berfaedah , isilah dengan perkara yang munasabah .
hargai masa , hormatinya seperti mana engkau sayang akan dirimu, keluargamu serta orang disekelilingmu ...



Wednesday, May 7, 2014

WAJ3106 hUBUNGAN ETNIK - ISL minggu 1 hingga minggu 11

ISL
Minggu 1-mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969 telah terjadinya rusuhan kaum (darurat) yang menjadi satu titik hitam di dalam sejarah negara kita.  Sama ada sedar ataupun tidak, peristiwa ini banyak meninggalkan yang agak mendalam terhadap diri rakyat malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum.
Tragedi berdarah yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan "pilihan raya umum 1969". Menurut urutan sejarah, semasa kempen pilihan raya 1969, isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di malaysia. Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa melayu), kedudukan istimewa orang melayu sebagai (bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Berikutan kekalahan parti perikatan menawan majoriti dua-pertiga dalam dewan rakyat hati rakyat malaysia, maka dr. Tan chee khoon (dari parti gerakan) telah menang besar di kawasan batu, selangor meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di selangor yang menyaksikan 50:50 di selangor. Dikatakan bahawa penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar kuala lumpur dan menuju ke kampung baru sedangkan kampung tersebut terletaknya rumah menteri besar selangor ketika itu, dato' harun idris dan juga 30,000 orang melayu yang menjadi kubu umno.
Berikutan dari peristiwa ini, orang melayu dan orang cina saling berbalas dendam dengan membunuh, mencederakan orang, dan juga membakar bangunan dan kenderaan di sekitar kuala lumpur. Antara kejadian tersebut ialah peristiwa di panggung odeon, di mana orang melayu telah dibunuh beramai-ramai di dalam panggung. Begitu juga dengan peristiwa dua penunggang motosikal berbangsa cina yang melalui jalan kampung baru telah dipancung kepala.
Dalam tempoh 3 hari mulai 13 mei hingga 16 mei 1969, timbalan perdana menteri tun abdul razak telah dilantik sebagai pengarah mageran (majlis gerakan negara). Dengan pembubaran parlimen oleh dymm yang di-pertuan agong, mageran menubuhkan majlis perundingan negara pada bulan januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis perundingan negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara kaum dan identiti masyarakat malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep rukun negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan
Berdasarkan kepada semangat rukun negara, jawatankuasa ekonomi majlis perundingan negara telah melahirkan dasar ekonomi baru yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar ekonomi baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.
Kesimpulannya, akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis phd. Daripada universiti california, berkeleymenganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 mei. Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. La adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat malaysia.
Bibliografi

Dr. Zaid ahmad, dr. Ho hui ling, dr. Sarjit singhg gill, ahmad tarmizi talib, ku halim ku arifin, lee yok fee, nazri muslim, ruslan zainuddin. (2006). Hubungan etnik di malaysia. Shah alam: oxford fajar sdn. Bhd.


Http://id.wikipedia.org/wiki/insiden_13_mei


Http://www.malaysia-today.net/blog-s/2005/04/peristiwa-13-mei-1969-kerajaan-barisan.htm

ISL
Minggu 2-mengumpul maklumat yang berkaitan dengan asimilasi dan integrasi

          negara malaysia mempunyai pluraliti masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian ini seringkali dilihat sebagai sesuatu yang unik berikutan perpaduan dan integrasinya yang kukuh dan mantap. Namun, apakah kepentingan perpaduan dan integarsi dalam konteks hubungan sesama etnik di malaysia?
          sebelum mengetahui kepentingan-kepentingan tersebut, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perpaduan dan integrasi. Perpaduan membawa maksud proses penyatuan dari semua asek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Manakala integrasi pula ialah merujuk kepada semua aspek yang dirangkumi perpaduan dan proses yang amat kompleks.
          perkara yang paling utama di dalam menyatakan kepentingan perpaduan dan integrasi ialah kepentingan saling memahami di antara satu etnik dengan etnik yang lain. Setiap etnik dan kaum adalah berbeza melalui cara hidup, ekonomi, pergaulan dan sebagainya. Apabila setiap individu yang berasal dari pelbagai bangsa mengetahui dan memahami di antara satu sama lain, maka pengetahuan untuk bersosial lebih terbuka dan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai bangsa mahupun agama.
          pembinaan modal insan juga merupakan aspek kepentingan perpaduan dan integrasi di negara kita. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat malaysia, berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi dan lain-lain  lagi. Meskipun modal insan ini dilihat sebagai hala tuju negara pada masa hadapan, namun jika kesemua individu adalah modal insan, maka tentunya tidak akan terjadi lagi peristiwa hitam 13 mei 1969, kerana setiap orang mementingkan perhubungan di antara etnik.

          menurut dato’ seri abdullah ahmad badawi, perdana menteri malaysia yakin bahawa usaha membina bangsa malaysia mampu dicapai menjelang tahun 2020 jika semua pihak berusaha mempererat perpaduan antara kaum, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Perdana menteri juga menegaskan bahawa permuafakatan masyarakat berbilang kaum dilihat sebagai teras perwujudan bangsa malaysia dan semua kaum perlu menyesuaikan diri serta bergaul dengan selesa selaku rakan kongsi dalam proses pembangunan negara.
Menjamin keamanan dan keselamatan tentunya memerlukan strategi yang perlu diperhalusi dalama usaha membentuk masyarakat berintegrasi berdasarkan acuan atau model kesatuan dalam kepelbagaian(unity in diversity).
Hubungan yang baik, erat dan saling memahami di antara etnik dapat menjanjikan kehidupan yang selamat dan aman berikutan tiada siapa pun yang akan cuba menimbulkan permasalahan dan menimbulkan syakwasangka. Dengan itu, seorang individu pasti merasa selamat untuk bersosial dan seterusnya membantu negara dalam menjaga dan meneruskan keamanan.
          hubungan etnik di malaysia banyak bergantung kepada perpaduan dan juga integrasi negara. Ianya wajar dimantapkan dari masa ke semasa untuk mencapai satu tahhap integrasi sosial yang lebih bersepadu. Harapan kita ialah segala rancangan, perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam masyarakat  sekarang akan menjadi tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah negara yang didiami masyarakat berintegrasi yang bersepadu. Ingatlah bahawa, setiap kaum perlulah saling melengkapi dan saling membantu antara satu sama lain.

Bibliografi

Dr. Zaid ahmad, dr. Ho hui ling, dr. Sarjit singhg gill, ahmad tarmizi talib, ku halim ku arifin, lee yok fee, nazri muslim, ruslan zainuddin. (2006). Hubungan etnik di malaysia. Shah alam: oxford fajar sdn. Bhd.

Http://megatrambai.blogspot.com/2007/09/perpaduan-asas-kekuatan-komposisi.html



Http://www.smesh-online.com/readarticle.php?article_id=6

ISL
Minggu 3-menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam melayu

Pengenalan
Ž  pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat
Ž  pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat melaka
Ž  pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah british
Garis masa
Zaman sebelum singapura
(sebelum 1399 / 1400m

Ž  sang nila utama ke temasik lalu membuka singapura
Zaman singapura dan pasai/samudera
(sebelum 1399/1400m)

Ž  sang nila utama (bergelar sri tri buana), raja singapura yang pertama
Ž  manusia berpindah untuk memenuhi keperluan  hidup dan pelbagai tujuan lain
Ž  masyarakat yang menetap di kepulauan melayu  berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)

Ž  melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh srivijaya dan majapahit
Ž  mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusat  penyebaran agama islam yang penting
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)

Ž  negeri melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama islam yang termasyhur di rantau alam melayu
Ž  institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran islam
Ž  penyebaran agama islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah
Ž  para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan melaka untuk menyebarkan islam
Ž  hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat china, india, arab dan eropah melalui aktiviti perdagangan
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)

Ž  perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
Ž  proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.
Zaman  johor
(1511m – 1612m)

Ž  peranan kerajaan johor dimulakan selepas kejatuhan melaka
Ž  peranan yang dimainkan oleh kerajaan johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan melaka
Kesan pembentukan masyarakat pluralistik alam melayu
Ž  bahasa, kesusasteraan dan kesenian
Ž  pendidikan
Ž  budaya
ISL
Minggu 4- mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang proses pencapaian perpaduan di malaysia sebelum 1970
Analisis faktor – faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di malaysia sebelum 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
Masalah perpaduan dan integrasi nasional
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat wawasan 2020 yang berbunyi ”mewujudkan bangsa malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
Halangan dan kesukaran untuk perpaduan dan integrasi
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di malaysia.
Di antaranya ialah;
- agama dan kebudayaan: setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik.Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
- dasar penjajah british: penjajah british mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
- sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: laporan razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di tanah melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
- amalan ekonomi yang berlainan: setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
- perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
- pendudukan jepun: kemasukan tentera jepun ke tanah melayu menambah jurang permusuhan antara orang melayu dan orang cina. Sebilangan besar tentera anti jepun terdiri dari orang-orang cina, sementara ramai pula orang melayu yang diambil oleh tentera jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat melayu dan cina.

ISL
Minggu 5- mengumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi dan pembangunan ekonomi malaysia dan luar Negara

Konsep modenisasi
¢  proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
¢  perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
¢  perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
Modenisasi eropah
¢  konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di eropah barat akibat daripada dua revolusi besar, iaitu:
A)    revolusi perancis (mengubah sistem politik feudal eropah barat)
B)    revolusi perindustrian (mengubah sistem ekonomi eropah barat)
¢  persoalanmodenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
A)    sudut falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi
Sudut falsafah
Teori evolusi
¢  terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
¢  masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun sehingga kepada yang moden.
Sudut praktikal
¢  kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar.
¢  masyarakat di eropah barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.
¢  penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.
Matlamat modenisasi eropah barat
¢  mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
¢  dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Modenisasi luar eropah
¢  dua proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di eropah barat, iaitu:
A)    pemodenan
B)    pembaratan
Pemodenan
¢  proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan
¢  proses peniruan gaya hidup eropah barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
¢  negara eropah barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.
¢  aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan.
¢  dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.
¢  dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.
Modenisasi di malaysia
¢  malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di eropah barat.
¢  bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
¢  pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
¢  selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh malaysia.
¢  malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik dijaga.

Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan malaysia.
Modenisasi eropah
-       revolusi perancis
Revolusi perancis merupakan satu tempoh    peralihan politik dan sosial dalam sejarah   perancis, daripada struktur kerajaan perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan  keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak   rakyat.
-       revolusi perindustrian
Revolusi industri ialah perubahan yang  cepat  di bidang ekonomi iaitu dari kegiatan   ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam mengolah  bahan mentah menjadi bahan siap pakai.  Revolusi industri telah mengubah cara kerja manusia dari penggunaan tangan menjadi  menggunakan mesin.
Matlamat
Mengejar kehidupan yang maju dan moden dengan cara meningkat sains dan
Teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan,
-       bahan mentah
-       tenaga buruh
-       pasaran
A)    pedagang dan penjajah eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi dari afrika.
B)    eropah berperanan memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan makanan dan pakaian dan dijual kepada masyarakat eropah dan negara lain.
Perkembangan modenisasi di malaysia
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial bristish.
Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.
2. Pembangunan pertanian & industri
    gantian- import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan teknologi
1980-1990
Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi
-       urbanisasi
-       teknologi
-       pertanian
-       industrialisasi
Ekonomi malaysia
¢  dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
¢  modal tempatan dari saudagar negeri selat dan modal asing dibawa masuk oleh bristish.
¢  perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
¢  kedudukan tanah melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.
¢  buruh dibawa masuk.
¢  kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik
Hubungan etnik dalam konteks
   modenisasi malaysia.
¢  pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi malaysia.
¢  pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.
  
ISL
Minggu 6- mencari dan mengumpul maklumat tentang pembangunan ekonomi

-       ekonomi malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.
-       pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.
-       tenga buruh di malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik.
-       terdapat dua cirri utama iaitu:-
A)    aspek ekonomi
B)    ciri etnik
-       mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah.
-       pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
-       pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
-       menjelang 2000an, malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan k- ekonomi.
-       secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di malaysia  telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar  keluaran dalam negara kasar (kdnk) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
-       ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di malaysia tidak hanya diukur melalui kdnk tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.
-       kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.
Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di malaysia sememangnya berkait rapat.
-       ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.
-       oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti rancangan pembangunan lima tahun, dasar ekonomi baru dan lain – lain.
-       ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

ISL
Minggu 7 – menghasilkan boring pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (rancangan lima tahun)

Perancangan pembangunan 5 tahun.
-       agenda pembangunan negara yang mempunyai falsafah tertentu,objektif,matlamat, fokus, program – program dan  strategi – strategi perlaksanaan.
-       fokus: pembangunan luar bandar dan meluaskan kawasan pertanian.
-       draf devolepment plan of malaya ( 1950 – 1955 )
A)    asas tradisi perancangan moden
Rancangan malaya pertama  (1956 – 1960 ) – ke arah pemerintahan sendiri ( pu 1955, kemerdekaan 31 ogos 1957 )
Rancangan malaya kedua (1961 – 1965) – penerusan dasar oleh pemimpin tempatan.
Rancangan malaysia pertama (1966 – 1970) – lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa dan budaya. – fokus utama adalah untuk memajukan masyarakat desa yang miskin. – konfrontasi malaysia, indonesia, peristiwa 13 mei. Beri tumpuan kepada perindustrian gentian – import. Menubuhkan felda, felcra, mardi, mida
Rancangan malaysia kedua (1971 – 1975) – deb 1971 – 1990. Menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.Ketika ini terdapat peralihan dari industri gentian – import kepada industri berorientasikan eksport. Selain deb, antara lain yang ditubuhkan ialah kejora, dara, pernas, uda, risda, lpp
Rancangan malaysia ketiga (1976 – 1980) menyelesaikan masalah ekonomi antara sektor dan etnik. Melanjutkan dasar industry yang dirangka pada rmk2.Deb masih berjalan seperti biasa.Ketengah dan kkesedar ditubuhkan.
Rancangan malaysia keempat ( 1981 – 1985),
Rancangan malaysia kelima ( 1986 – 1990),
Rancangan malaysia keenam ( 1991 – 1995) rmk4,5,6 menitikberatkan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. 1979, pnb ditubuhkan untuk uruskan pelaburan skim amanah saham nasional ( yang diperkenalkan pada tahun 1981)
Rancangan malaysia ketujuh ( 1996 – 2000) ,
Rancangan malaysia kelapan ( 2001 – 2005 ) rmk7 dan rmk8 berikan perhatian kepada industri berasaskan k-ekonomi
Rancangan malaysia kesembilan ( 2006 – 2010) modal insan dan hadhari
Dasar – dasar awam : pertanian , perindustrian dan k- ekonomi
-       1990an adalah perhatian kepada sektor perindustrian
A)    dasar perindustrian berat
B)    dasar penswastaan
-       meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.
-       sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan sepertia felda, felcra dan mara.
-       1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti dasar pandang ke timur dan dasar penswastaan.
-       sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ict dan k-ekonomi.
 ISL
Minggu 8 – mengumpulkan bahan-bahan tentang rancangan lima tahun bermula pada 1964-kini dalam konteks hubungan etnik

  
ISL
Minggu 9 - mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963, 1964 hingga kini.




ISL
Minggu 10 - menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara 1948 sehingga 1963.


1 april 1946 ( pembentukan malayan union)
·         british military administration (bma) telah dibubarkan pada bulan mac 1945.
·         diikuti dengan pembentukan kesatuan tanah melayu (malayan union) pada 1 april 1946.
·         terbentuk hasil dari perjanjian mac michael pada tahun 1945.
·         perjanjian ini memberi peruntukan kepada british bagi mentadbir tanah melayu dalam perintah-dalam-majlis berpandukan kepada arahan diraja (royal decree) bertarikh 23 mac 1946.
·         semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai perlembagaan kesatuan tanah melayu 1946.
·         bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja melayu dan rakyat tanah melayu.
1 febuari 1948 ( perlembagaan persekutuan tanah melayu )
·         perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian persekutuan tanah melayu 1948.
·         hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 februari 1948 = perlembagaan persekutuan tanah melayu, 1948.
·         mengikut perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang pesuruhjaya tinggi british, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
·         majlis perundangan (legislative council) mempunyai anggota
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.


Jawatankuasa hubungan antara kaum (clc) - 1949
·         jawatankuasa hubungan antara kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
·         ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
·         clc ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang melayu serta dasar pendidikan.
·         melalui clc ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud

·         tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah dato’ onn jaafar, dato’ abdul wahab abdul aziz, tan cheng lok, c.c. tan, dr. J. S. Goonting dan e.e.c. thuraisingham.
·         kebanyakan cadangan clc telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan.



Perlembagaan kemerdekaan 1957
·         pada 9 julai 1963, kerajaan-kerajaan persekutuan tanah melayu, united kingdom, borneo utara, sarawak dan singapura telah menandatangani perjanjian malaysia borneo utara, sarawak dan singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri persekutuan tanah melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan malaysia.
·         parlimen persekutuan tanah melayu telah meluluskan akta malaysia untuk meminda perkara 1(1) dan perkara (2) perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957.
·         akta ini berkuatkuasa pada 16 september 1963.
·         pada masa yang sama juga queen great britain melepaskan bidang kuasa baginda di borneo utara, sarawak dan singapura.
·         maka dengan ini wujudlah persekutuan malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan perlembagaan persekutuan malaysia.

·         perlembagaan persekutuan malaysia telah diisytiharkan pada 16 september 1963.
·         bagi sabah dan sarawak draf perlembagaan persekutuan malaysia telah dilampirkan dalam jadula perjanjian malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan negeri sabah dan sarawak.

ISL
Minggu 11 - menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur dalam perlembangaan berdasarkan bahan rujukan.



Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)