DEFINISI IQ
Definisi kecerdasan
emosi ialah sebagai kecerdasan social yang melibatkan kemahiran untuk memantau
serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan
seterusnya, memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan
orang itu. Kecerdasan Emosi juga dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ
(Intellingence Quotient).
IQ
adalah singkatan kepada “ Intelligence Quotient”. “Intelligence” bermaksud
tahap kepintaran seserorang manakala “ Quotient” bermaksud suatu ukaran piawai.
Oleh itu IQ adalah suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori – teori
kepintaran.
Definisi IQ ialah
kecerdasan intelektual. IQ adalah kemampuan potensi seseorang untuk mempelajari
sesuatu dengan menggunakan alat- alat berfikir.
Kecerdasan IQ terletak di dalam otak di bahgian Cortex
(kulit otak). Kecerdasan ini memberikan kita kemampuan untuk membuat keputusan,
berimaginasi dan memiliki daya kreatif serta inovasi.
DEFINISI EQ
Definisi
EQ (Emotional Quotient) ialah keupayaan, kemampuan menilai memahami dan
meluahkan perasaan. EQ sering dikaitkan
dengan cara manusia mengendalikan emosi diri sendiri,serta orang lain.EQ adalah
prasyarat untuk keberkesanan IQ. IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika
bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi.
Daniel Goleman (1999),
mengemukakan bahwa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan
kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan
kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan
dengan orang lain.
Goleman
juga menyatakan bahawa penilaian seseorang bukan sahaja berasaskan kepada
kecerdasan intelektual (IQ), tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi
(EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan
seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial. Goleman juga menekankan betapa perlunya kecerdasan emosi dalam
dunia kerja.
BAGAIMANA EMOSI
MEMPENGARUHI KEHIDUPAN
Emosi
banyak memperngaruhi kehidupan manusia. Antaranya ialah sewaktu membuat
keputusan.Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber
informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah
rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Kita
perlulah mengawal emosi sewaktu membuat keputusan.
Emosi juga mempengaruhi
kehidupan di dalam kelangsungan hidup.Emosi
merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita
dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan
memikirkan cara untuk menyelamatkan diri. Kawalan emosi yang baik mampu
menyelamatkan diri kita apabila berada di dalam sesuatu masalah.
Emosi
juga penting di dalam komunikasi. Emosi
juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekpresi muka kita
dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.
Seseorang perlulah mengawal emosi masing – masing agar proses komunikasi dapat
berjalan dengan lancer dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim.
Emosi
juga mempengaruhi kehidupan dalam aspek hubungan dengan orang lain. Kita
perlulah mempunyai emosi yang sihat agar hubungan dengan orang lain tidak
mendapat masalah. Untuk memperolehi emosi
yang sihat kita perlu mengurus emosi
yang negatif. Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik
atau tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih
baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.