Peranan guru sebagai pendidik bagi
membentuk generasi yang bermoral pada masa sekarang dan masa akan datang adalah
sangat penting. Di mana guru bukan saja menyampaikan ilmu tetapi membentuk
insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
spiritual. Guru yang memainkan peranan yang berkaitan dengan memberi bantuan
dan semangat, memerhati dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan
pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturan-peraturan sekolah dan norma hidup
dalam keluarga dan masyarakat.
Menurut
Shippen dan Shippen (2004), seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang
berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi
yang jelas di dalam bilik darjah, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel
serta keterbukaan, berkebolehan untuk memimpin dan menjadi contoh serta teladan
kepada murid-muridnya, bijak dan cekap membuat keputusan yang memberikan
kebaikan kepada muridnya dengan tidak menjejaskan kepentingan organisasinya,
mengikis sifat mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan kepentingan
dan kebajikan murid-muridnya
Sebenarnya,
guru perlu memulakan langkah awal iaitu mempersiapkan segala perancangan untuk
dibawa semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.Persiapan itu perlulah dilakukan
awal agar sempurna dan mampu mencapai objektif. Contohnya, guru mempersiapkan
bahan bantu mengajar yang lengkap jika ingin mengajar menggunakan papan layar
atau perlu menyediakan bahan-bahan yang lain jika ingin melakukan aktiviti
didalam kelas agar segala objektif akan dapat dicapai.
Hakikatnya,peranan
guru itu lebih kepada pembentukan personaliti murid. Terdapat satu teori yang
dipanggil teori pelaziman klasik yang membawa maksud suatu proses di mana gerak
balas yang terlazim dipelajari , iaitu suatu gerak balas pada sesuatu
rangsangan yang sebelumnya belum lagi menyebabkan berlakunya sesuatu perlakuan
dan teori ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov. Menurut beliau , pelaziman
klasik dianggap sebagai suatu rangsangan dan gerak balas dan ianya berlaku
tanpa disedari oleh seseorang. Pembelajaran ini juga ada perkaitan antara
rangsangan dan reaksi fisiologi. Dalam hubungan proses pembelajaran , teori ini
dapat disesuaikan kepada murid. Guru tidak boleh membiasakan memberi ganjaran seperti
hadiah kepada kanak-kanak untuk membuat latihan atau kerja rumah. Sebaliknya ,
kesedaran sendiri dan sikap cinta kepada pelajaran harus disemaikan dikalangan
murid. Oleh itu, guru perlu memberi dorongan dan motivasi yang cukup untuk
meransang murid agar minat akan setiap perkara yang dipelajari bukannya minat
kerana hadiah yang diberi iaitu ganjaran dikala segala kerja rumah atau latihan
disempurnakan dengan jayanya. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan
keazaman dalam sesuatu pembelajaran.
Tambahan
pula, semangat tolong-menolong haruslah ada pada setiap diri guru bagi membantu
pelajar untuk mencapai pencapaian yang baik dalam setiap perkara .Contohnya,guru
boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah yang gembira dan ceria.Hal ini
seperti mengadakan sudut ilmu disetiap sudut kelas, membuat mural yang berunsur
pendidikan yang berguna kepada murid, mengadakan pertandingan berbentuk ilmiah
dan sebagainya. Ini akan dapat membentuk personaliti murid dengan lebih mudah.
Rita
dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, “If
children cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way
how they learn”. Penerangan daripada petikan tersebut adalah kita perlu
mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar dan daripada cara itulah
kita gunakannya sebagai alat untuk mengajar mereka.
Terdapat
bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi
bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika
proses pembelajaran berlaku.
Pertama,gunakan
teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari. Teknik ini
memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalan-persoalan yang dapat
menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara didalam
kelas dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri
dan cuba dengan sedaya upaya mereka.
Kedua adalah dengan menggunakan teknik
penerangan bagi pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah
pelajar mempunyai daya pemikiran yang agak lambat dan memerlukan orang lain
untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka, guru perlulah mengaplikasikan tip ini
apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu dengan memberikan penerangan
yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut.
Ketiga
adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang introvert. Bagi mereka
yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada mereka akan
dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada
masa akan datang.
Keempat
adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap kepada pelajar
yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini, perbincangan
merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat
menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh
itu,guru perlulah menggalakkan perbincangan secara berkumpulan sewaktu
pembelajaran berlangsung.
Oleh
itu, terdapat pelbagai peranan guru untuk membantu murid membentuk personaliti
yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Sesungguhnya, guru perlulah mengambil serius dalam kerjayanya agar dapat
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa dengan sempurna kerana
guru adalah titik permulaan bagi kanak-kanak mengenal dunia.
No comments:
Post a Comment