ISL
Minggu 1-mengakses maklumat daripada
internet dan sumber rujukan tentang peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969 telah
terjadinya rusuhan kaum (darurat) yang menjadi satu titik hitam di dalam
sejarah negara kita. Sama ada sedar
ataupun tidak, peristiwa ini banyak meninggalkan yang agak mendalam terhadap
diri rakyat malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum.
Tragedi berdarah yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini sebenarnya mempunyai
kaitan yang rapat dengan "pilihan raya umum 1969". Menurut
urutan sejarah, semasa kempen pilihan raya 1969, isu-isu perkauman yang
menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya
yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di malaysia. Calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa melayu),
kedudukan istimewa orang melayu sebagai (bumiputera) dan hak kerakyatan
orang bukan melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak
wasangka di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Berikutan kekalahan parti perikatan
menawan majoriti dua-pertiga dalam dewan rakyat hati rakyat malaysia, maka dr. Tan chee khoon (dari parti
gerakan) telah menang besar di kawasan batu, selangor meminta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di selangor yang menyaksikan 50:50 di
selangor. Dikatakan bahawa penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan
menghina orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar kuala lumpur dan menuju ke kampung
baru sedangkan kampung tersebut terletaknya rumah menteri besar selangor ketika itu, dato' harun idris dan juga 30,000
orang melayu yang menjadi kubu umno.
Berikutan dari peristiwa
ini, orang melayu dan orang cina saling berbalas dendam dengan membunuh, mencederakan
orang, dan juga membakar bangunan dan kenderaan di sekitar kuala lumpur. Antara
kejadian tersebut ialah peristiwa di panggung odeon, di mana orang melayu telah
dibunuh beramai-ramai di dalam panggung. Begitu juga dengan peristiwa dua
penunggang motosikal berbangsa cina yang melalui jalan kampung baru telah dipancung
kepala.
Dalam tempoh 3 hari mulai
13 mei hingga 16 mei 1969, timbalan perdana menteri tun abdul razak telah dilantik
sebagai pengarah mageran (majlis gerakan negara). Dengan pembubaran parlimen
oleh dymm yang di-pertuan agong, mageran menubuhkan majlis perundingan negara
pada bulan januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan
masyarakat berbagai kaum. Majlis perundingan negara ini mengadakan dialog yang
serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan
perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali
kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan
praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara kaum dan identiti masyarakat
malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan
golongan ini lahirlah konsep rukun negara sebagai manifestasi ideologi
kebangsaan
Berdasarkan kepada
semangat rukun negara, jawatankuasa ekonomi majlis perundingan negara telah
melahirkan dasar ekonomi baru yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat
dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar ekonomi
baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.
Kesimpulannya, akibat dari
tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda
musnah. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.
Sebuah thesis phd. Daripada universiti california, berkeleymenganggar seramai
2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 mei. Bagaimanapun, peristiwa malang
ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. La adalah merupakan titik
perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga menyedarkan
semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah
asas masyarakat malaysia.
Bibliografi
Dr. Zaid ahmad, dr. Ho hui
ling, dr. Sarjit singhg gill, ahmad tarmizi talib, ku halim ku arifin, lee yok
fee, nazri muslim, ruslan zainuddin. (2006). Hubungan etnik di malaysia. Shah
alam: oxford fajar sdn. Bhd.
Http://id.wikipedia.org/wiki/insiden_13_mei
Http://www.malaysia-today.net/blog-s/2005/04/peristiwa-13-mei-1969-kerajaan-barisan.htm
ISL
Minggu 2-mengumpul
maklumat yang berkaitan dengan asimilasi dan integrasi
negara malaysia mempunyai pluraliti masyarakat yang
pelbagai. Kepelbagaian ini seringkali dilihat sebagai sesuatu yang unik
berikutan perpaduan dan integrasinya yang kukuh dan mantap. Namun, apakah
kepentingan perpaduan dan integarsi dalam konteks hubungan sesama etnik di
malaysia?
sebelum mengetahui kepentingan-kepentingan tersebut, kita
perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perpaduan dan integrasi.
Perpaduan membawa maksud proses penyatuan dari semua asek seperti fizikal,
sosial, ekonomi dan politik. Manakala integrasi pula ialah merujuk kepada semua
aspek yang dirangkumi perpaduan dan proses yang amat kompleks.
perkara yang paling utama di dalam menyatakan kepentingan
perpaduan dan integrasi ialah kepentingan saling memahami di antara satu etnik
dengan etnik yang lain. Setiap etnik dan kaum adalah berbeza melalui cara
hidup, ekonomi, pergaulan dan sebagainya. Apabila setiap individu yang berasal
dari pelbagai bangsa mengetahui dan memahami di antara satu sama lain, maka
pengetahuan untuk bersosial lebih terbuka dan dapat menjalinkan hubungan dengan
pelbagai bangsa mahupun agama.
pembinaan modal insan juga merupakan aspek kepentingan
perpaduan dan integrasi di negara kita. Modal insan merupakan individu yang
tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat
malaysia, berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi dan
lain-lain lagi. Meskipun modal insan ini
dilihat sebagai hala tuju negara pada masa hadapan, namun jika kesemua individu
adalah modal insan, maka tentunya tidak akan terjadi lagi peristiwa hitam 13
mei 1969, kerana setiap orang mementingkan perhubungan di antara etnik.
menurut dato’ seri abdullah ahmad badawi, perdana menteri
malaysia yakin bahawa usaha membina bangsa malaysia mampu dicapai menjelang
tahun 2020 jika semua pihak berusaha mempererat perpaduan antara kaum, walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Perdana menteri juga menegaskan
bahawa permuafakatan masyarakat berbilang kaum dilihat sebagai teras perwujudan
bangsa malaysia dan semua kaum perlu menyesuaikan diri serta bergaul dengan
selesa selaku rakan kongsi dalam proses pembangunan negara.
Menjamin keamanan dan
keselamatan tentunya memerlukan strategi yang perlu diperhalusi dalama usaha
membentuk masyarakat berintegrasi berdasarkan acuan atau model kesatuan dalam
kepelbagaian(unity in diversity).
Hubungan yang baik, erat
dan saling memahami di antara etnik dapat menjanjikan kehidupan yang selamat
dan aman berikutan tiada siapa pun yang akan cuba menimbulkan permasalahan dan
menimbulkan syakwasangka. Dengan itu, seorang individu pasti merasa selamat
untuk bersosial dan seterusnya membantu negara dalam menjaga dan meneruskan
keamanan.
hubungan etnik di malaysia banyak bergantung kepada
perpaduan dan juga integrasi negara. Ianya wajar dimantapkan dari masa ke
semasa untuk mencapai satu tahhap integrasi sosial yang lebih bersepadu. Harapan
kita ialah segala rancangan, perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam
masyarakat sekarang akan menjadi tapak
yang kukuh untuk mewujudkan sebuah negara yang didiami masyarakat berintegrasi
yang bersepadu. Ingatlah bahawa, setiap kaum perlulah saling melengkapi dan
saling membantu antara satu sama lain.
Bibliografi
Dr. Zaid ahmad, dr. Ho hui
ling, dr. Sarjit singhg gill, ahmad tarmizi talib, ku halim ku arifin, lee yok
fee, nazri muslim, ruslan zainuddin. (2006). Hubungan etnik di malaysia. Shah
alam: oxford fajar sdn. Bhd.
Http://megatrambai.blogspot.com/2007/09/perpaduan-asas-kekuatan-komposisi.html
Http://www.smesh-online.com/readarticle.php?article_id=6
ISL
Minggu 3-menghasilkan
carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam
melayu
Pengenalan
Ž pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan
kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat
Ž pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama
di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat melaka
Ž pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa,
agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh
pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah british
Garis masa
Zaman sebelum singapura
(sebelum 1399 / 1400m
Ž sang nila utama ke temasik lalu membuka singapura
Zaman singapura dan pasai/samudera
(sebelum 1399/1400m)
Ž sang nila utama (bergelar sri tri buana), raja
singapura yang pertama
Ž manusia berpindah untuk memenuhi
keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain
Ž masyarakat yang menetap di kepulauan
melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar
untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin
hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)
Ž melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah
mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh srivijaya dan majapahit
Ž mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan
memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama islam yang
penting
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)
Ž negeri melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan
perkembangan ajaran agama islam yang termasyhur di rantau alam melayu
Ž institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan
penyebaran islam
Ž penyebaran agama islam telah dijalankan secara giat
melalui perdagangan dan peluasan wilayah
Ž para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan
melaka untuk menyebarkan islam
Ž hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat
china, india, arab dan eropah melalui aktiviti perdagangan
Zaman melaka
(1399/1400m – 1511m)
Ž perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk
tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua
masyarakat
Ž proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta
penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu
kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.
Zaman johor
(1511m – 1612m)
Ž peranan kerajaan johor dimulakan selepas kejatuhan
melaka
Ž peranan yang dimainkan oleh kerajaan johor adalah
kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan melaka
Kesan pembentukan masyarakat pluralistik alam melayu
Ž bahasa, kesusasteraan dan kesenian
Ž pendidikan
Ž budaya
ISL
Minggu 4- mengakses
maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang proses pencapaian
perpaduan di malaysia sebelum 1970
Analisis faktor – faktor sejarah yang telah menyulitkan proses
pencapaian perpaduan di malaysia sebelum 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang
kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup,
latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi
satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat
demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
Masalah perpaduan dan integrasi nasional
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan
malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat wawasan 2020 yang berbunyi ”mewujudkan bangsa malaysia yang
bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi
bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berasaskan
persamaan hak dan keadilan”
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi
”mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing
dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’.
Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk
”mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem
sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan
kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
Halangan dan kesukaran untuk perpaduan dan integrasi
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian
perpaduan di malaysia.
Di antaranya ialah;
- agama dan kebudayaan: setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan
kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa,
kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.Masing-masing kurang mengenali
dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik.Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.
- dasar penjajah british: penjajah british mengamalkan dasar pecah
dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan
keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan
yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas
dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang
berbilang etnik.
- sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan:
laporan razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di tanah
melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan
juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka,
tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan
lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan
menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping
mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan
pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
- amalan ekonomi yang berlainan: setiap etnik menjalankan aktiviti
ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini
mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan
perpaduan negara terancam.
- perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: kewujudan
persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik
tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan
perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan
kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa,
budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah
perpaduan.
- pendudukan jepun: kemasukan tentera jepun ke tanah melayu
menambah jurang permusuhan antara orang melayu dan orang cina. Sebilangan
besar tentera anti jepun terdiri dari orang-orang cina, sementara ramai
pula orang melayu yang diambil oleh tentera jepun untuk menjadi askar dan
polis.Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan
perasaan kurang senang antara masyarakat melayu dan cina.
ISL
Minggu 5- mengumpul bahan-bahan daripada
pelbagai sumber tentang perkembangan modenisasi dan pembangunan ekonomi
malaysia dan luar Negara
Konsep modenisasi
¢ proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat.
¢ perubahan dapat berlangsung scara berencana atau
secara tidak berencana.
¢ perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai
matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan
dilaksanakan.
Modenisasi eropah
¢ konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang
bermula di eropah barat akibat daripada dua revolusi besar, iaitu:
A) revolusi perancis (mengubah sistem
politik feudal eropah barat)
B) revolusi perindustrian (mengubah sistem
ekonomi eropah barat)
¢ persoalanmodenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
A) sudut falsafah – pemahaman tentang
kemajuan atau evolusi.
Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi
Sudut falsafah
Teori evolusi
¢ terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat
sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap
tertentu.
¢ masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala
tahap perkembangan, tidak bertamadun sehingga kepada yang moden.
Sudut praktikal
¢ kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula
hubungan antara manusia dengan alam sekitar.
¢ masyarakat di eropah barat mencari cara untuk
menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.
¢ penggantian teknik produksi daripada cara-cara
tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang
menggunakan jentera.
Matlamat modenisasi eropah barat
¢ mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
¢ dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi
sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Modenisasi luar eropah
¢ dua proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan
ekonomi dan politik di eropah barat, iaitu:
A) pemodenan
B) pembaratan
Pemodenan
¢ proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui
proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan
¢ proses peniruan gaya hidup eropah barat yang tidak
disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
¢ negara eropah barat menjadi model pilihan utama
sebagai contoh bagi pembentukan negara.
¢ aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara
yang menjalankan proses kemerdekaan.
¢ dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi
politik dipilih.
¢ dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan
kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.
Modenisasi di malaysia
¢ malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman
modenisasi di eropah barat.
¢ bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan
mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, malaysia telah menumpukan kepada
peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
¢ pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan
teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.
¢ selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi
diberi perhatian oleh malaysia.
¢ malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa
yang aman dan makmur supaya politik dijaga.
Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar
negara dan malaysia.
Modenisasi eropah
- revolusi perancis
Revolusi perancis merupakan satu
tempoh peralihan politik dan sosial dalam
sejarah perancis, daripada struktur kerajaan perancis yang
bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan
bagi golongan autokrat dan paderi katolik, menjadi bentuk yang berasaskan
prinsip kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan
hak rakyat.
- revolusi perindustrian
Revolusi
industri ialah perubahan
yang cepat di bidang ekonomi iaitu dari
kegiatan ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan
mesin dalam mengolah bahan mentah menjadi bahan siap
pakai. Revolusi industri telah mengubah cara kerja manusia dari
penggunaan tangan menjadi menggunakan mesin.
Matlamat
Mengejar kehidupan yang maju dan moden dengan cara meningkat sains
dan
Teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan,
- bahan mentah
- tenaga buruh
- pasaran
A) pedagang dan penjajah eropah barat
membawa barang seperti pakaian dan peralatan pertanian untuk ditukar dengan
komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi dari afrika.
B) eropah berperanan memproses bahan mentah
menjadi barangan industri,bahan makanan dan pakaian dan dijual kepada
masyarakat eropah dan negara lain.
Perkembangan modenisasi di malaysia
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial bristish.
Peringkat awal
pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan
infrastruktur ekonomi.
2. Pembangunan
pertanian & industri
gantian-
import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan
teknologi
1980-1990
Menitikberatkan
industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi
- urbanisasi
- teknologi
- pertanian
- industrialisasi
Ekonomi malaysia
¢ dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
¢ modal tempatan dari saudagar negeri selat dan modal
asing dibawa masuk oleh bristish.
¢ perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
¢ kedudukan tanah melayu yang kaya dengan bahan mentah
dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.
¢ buruh dibawa masuk.
¢ kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan
bekalan air dan eletrik
Hubungan etnik dalam konteks
modenisasi malaysia.
¢ pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks
modenisasi malaysia.
¢ pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.
ISL
Minggu 6- mencari dan mengumpul maklumat
tentang pembangunan ekonomi
- ekonomi malaysia
terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial
inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.
- pembinaan rangkaian
infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.
- tenga buruh di malaysia
juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan
etnik.
- terdapat dua cirri utama
iaitu:-
A) aspek ekonomi
B) ciri etnik
- mempelbagaikan asas
ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam,
kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan,
tekstil, dan getah.
- pada peringkat awal
pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
- pada akhir tahun 1960an,
pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari
industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
- menjelang 2000an,
malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan k-
ekonomi.
- secara keseluruhan,
pembangunan ekonomi di malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat
diukur dengan kadar keluaran dalam negara kasar (kdnk) yang
baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
- ukuran pencapaian bagi
pembangunan ekonomi di malaysia tidak hanya diukur melalui kdnk tetapi juga
dengan peningkatan indeks kualiti hidup.
- kualiti rakyat secara
amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang
rendah.
Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di
malaysia sememangnya berkait rapat.
- ini menyebabkan
ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.
- oleh itu, integrasi
ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti
rancangan pembangunan lima tahun, dasar ekonomi baru dan lain – lain.
- ini bagi memastikan
pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.
ISL
Minggu 7 – menghasilkan boring pengurusan
grafik tentang pembangunan ekonomi (rancangan lima tahun)
Perancangan pembangunan 5 tahun.
- agenda pembangunan
negara yang mempunyai falsafah tertentu,objektif,matlamat, fokus, program –
program dan strategi – strategi perlaksanaan.
- fokus: pembangunan luar
bandar dan meluaskan kawasan pertanian.
- draf devolepment plan of
malaya ( 1950 – 1955 )
A) asas tradisi perancangan moden
Rancangan malaya pertama (1956 – 1960 ) – ke arah pemerintahan sendiri ( pu 1955,
kemerdekaan 31 ogos 1957 )
Rancangan malaya kedua (1961 – 1965) – penerusan dasar oleh pemimpin tempatan.
Rancangan malaysia pertama (1966 – 1970) – lebih agresif, meliputi
pendidikan, bahasa dan budaya. – fokus utama adalah untuk memajukan masyarakat
desa yang miskin. – konfrontasi malaysia, indonesia, peristiwa 13 mei. Beri
tumpuan kepada perindustrian gentian – import. Menubuhkan felda, felcra, mardi,
mida
Rancangan malaysia kedua (1971 – 1975) – deb 1971 – 1990. Menitikberatkan
usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar
kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.Ketika ini terdapat peralihan dari
industri gentian – import kepada industri berorientasikan eksport. Selain deb,
antara lain yang ditubuhkan ialah kejora, dara, pernas, uda, risda, lpp
Rancangan malaysia ketiga (1976 – 1980) menyelesaikan masalah ekonomi
antara sektor dan etnik. Melanjutkan dasar industry yang dirangka pada rmk2.Deb
masih berjalan seperti biasa.Ketengah dan kkesedar ditubuhkan.
Rancangan malaysia keempat ( 1981 – 1985),
Rancangan malaysia kelima ( 1986 – 1990),
Rancangan malaysia keenam ( 1991 – 1995) rmk4,5,6 menitikberatkan teknologi
yang lebih maju dan dasar penswastaan. 1979, pnb ditubuhkan untuk uruskan
pelaburan skim amanah saham nasional ( yang diperkenalkan pada tahun 1981)
Rancangan malaysia ketujuh ( 1996 – 2000) ,
Rancangan malaysia kelapan ( 2001 – 2005 ) rmk7 dan rmk8 berikan perhatian
kepada industri berasaskan k-ekonomi
Rancangan malaysia kesembilan ( 2006 – 2010) modal insan dan hadhari
Dasar – dasar awam : pertanian , perindustrian dan k- ekonomi
- 1990an adalah perhatian
kepada sektor perindustrian
A) dasar perindustrian berat
B) dasar penswastaan
- meskipun pembangunan
ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan
kepada sektor pertanian masih diutamakan.
- sesuai dengan dasar
pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan
sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan
sepertia felda, felcra dan mara.
- 1980an dan 1990an,
sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal
seperti dasar pandang ke timur dan dasar penswastaan.
- sesuai dengan
perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang
berteraskan teknologi ict dan k-ekonomi.
ISL
Minggu 8 – mengumpulkan bahan-bahan
tentang rancangan lima tahun bermula pada 1964-kini dalam konteks hubungan
etnik
ISL
Minggu 9 - mengumpul maklumat daripada
pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan
etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963, 1964 hingga kini.
ISL
Minggu 10 - menghasilkan peta minda
tentang unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara 1948 sehingga 1963.
1 april 1946 ( pembentukan malayan union)
· british
military administration (bma) telah dibubarkan pada bulan mac 1945.
· diikuti
dengan pembentukan kesatuan tanah melayu (malayan union) pada 1 april 1946.
· terbentuk
hasil dari perjanjian mac michael pada tahun 1945.
· perjanjian ini
memberi peruntukan kepada british bagi mentadbir tanah melayu dalam
perintah-dalam-majlis berpandukan kepada arahan diraja (royal decree) bertarikh
23 mac 1946.
· semua
peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai perlembagaan kesatuan tanah melayu
1946.
· bagaimanapun,
perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja
melayu dan rakyat tanah melayu.
1 febuari 1948 ( perlembagaan persekutuan tanah melayu )
· perjanjian
ini dikenali sebagai perjanjian persekutuan tanah melayu 1948.
· hasil dari
perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada
1 februari 1948 = perlembagaan persekutuan tanah melayu, 1948.
· mengikut
perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang pesuruhjaya tinggi
british, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
· majlis
perundangan (legislative council) mempunyai anggota
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.
Jawatankuasa hubungan antara kaum (clc) - 1949
· jawatankuasa
hubungan antara kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah
berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
· ia wujud
kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
· clc
ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan
dan kedudukan istimewa orang melayu serta dasar pendidikan.
· melalui clc
ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud
· tokoh yang
menganggotai jawatankuasa ini ialah dato’ onn jaafar, dato’ abdul wahab
abdul aziz, tan cheng lok, c.c. tan, dr. J. S. Goonting dan
e.e.c. thuraisingham.
· kebanyakan
cadangan clc telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang
diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan.
Perlembagaan kemerdekaan 1957
· pada 9 julai
1963, kerajaan-kerajaan persekutuan tanah melayu, united kingdom, borneo utara,
sarawak dan singapura telah menandatangani perjanjian malaysia borneo utara,
sarawak dan singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri persekutuan tanah
melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan malaysia.
· parlimen
persekutuan tanah melayu telah meluluskan akta malaysia untuk meminda perkara
1(1) dan perkara (2) perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957.
· akta ini
berkuatkuasa pada 16 september 1963.
· pada masa
yang sama juga queen great britain melepaskan bidang kuasa baginda di borneo
utara, sarawak dan singapura.
· maka dengan
ini wujudlah persekutuan malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai
perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957, telah dijadikan asas kepada
penggubalan perlembagaan persekutuan malaysia.
· perlembagaan
persekutuan malaysia telah diisytiharkan pada 16 september 1963.
· bagi sabah
dan sarawak draf perlembagaan persekutuan malaysia telah dilampirkan dalam
jadula perjanjian malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan
sebagai perlembagaan negeri sabah dan sarawak.
ISL
Minggu 11 - menghasilkan peta
minda tentang unsur-unsur dalam perlembangaan berdasarkan
bahan rujukan.