Monday, February 25, 2013

Jersey JDT - home , away , 3rd , 4rd

gambar diatas merupakan jersey JOHOR DARUL TAKZIM .
ORIGINAL kappa ada penambahan HARIMAU SELATAN dihadapan baju .
JOHOR CORP pada belakang baju di bahagian bawah .
dan ada badge LIGA MALAYSIA di lengan kanan .

harga semasa untuk baju home n away - rm89.90
pink-rm99.90

jika ada sesiapa ingin membuat tempahan . sila pm saya .
buat masa ini hanya jersey home n away sahaja yang ada .
jersey pink bakal menyusul . tunggu dateline dari kappa .

hope semua tidak tertipu untuk membeli yang tidak original kerna sekarang sudah banyak yang fake sehinggakan ada yang mengeluarkan gambar untuk jersey yang keempat . walhal tiada jersey yang keempat . then saya tidak tahu sama ada gambar ini satu penghinaan atau gurauan .
THINK POSITIVE !


 apapun , belilah yang original .
walaupun lambat n mahal , tetapi memuaskan .
bersama-sama kita memartabakan bola sepak MALAYSIA .
JOHOR DARUL TAKZIM untuk semua .
LUASKAN KUASAMU ~

Saturday, February 23, 2013

T-Shirt dan Jersey JDT - original KAPPA



T-Shirt KAPPA - RM79.90 (pos RM10)
Jersey JDT - RM89.90 (pos RM10)


 ORIGINAL


cop HARIMAU SELATAN dengan border , ORIGINAL


siap badge LIGA SUPER MALAYSIA


Sulaman KAPPA

#stok t-shirt dan jersey biru masih ada , jersey merah dan pink bakal menyusul . kalau taknak pos , COD Batu Pahat, Johor .

Friday, February 22, 2013

Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


"sesunggunya di antara hari-harimu yang paling utama ialah hari jumaat , maka perbanyakkanlah membaca solawat padaku pada hari itu , sebab sesungguhnya bacaan solawatmu itu ditunjukkan kepada ku."-Aus bin Aus r.a

Saat terakhir Rasulullah


Sempena sambutan Maulidurrasul yang bakal berlangsung di IPGKTHO pada sabtu ini iaitu 23 Feb 2013 , ingin saya sampaikan sebuah kisah mengenai saat terakhir baginda Rasulullah S.A.W sebelum bertemu dengan  Allah S.W.T  . selamat membaca ...

Terdengar suara dari luar rumah memberi salam.” Assalamualaikum, bolehkah saya masuk ?” Tapi Fatimah tidak mengizinkan orang di luar pintu masuk. “ Maaf, ayahku sakit”. Fatimah membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang sedang terlantar. Sambil membuka matanya, baginda bertanya kepada Fatimah: Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayah, orang sepertinya baru sekali aku lihat,” jawab Fatimah lembut. Lalu Rasulullah SAW menatap wajah puterinya dengan pandangan yang menggetarkan.
“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia dan dialah ynag akan memisahkan kita. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.
Fatimah tergamam, seolah-olah tidak percaya denagn kata-kata ayahanda yang disayangi. Tidak tahan menahan sebak dia terus menangis teresak-esak.
Malaikat maut yang berupa bentuk manusia datang menghampiri, tapi Rasulullah bertanya mengapa Jibrail tidak ikut sama. Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini, turun ke bumi menemui Rasulullah.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah,” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah kerana tidak lama lagi terpaksa meninggalkan dunia yang dihuni.
“Wahai kekasih Allah, pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibrail. Tapi jaminan itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah berasa lega. Matanya masih penuh kecemasan. “ Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?,” tanya Jibrail lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?,” tanya Nabi Muhammad.
“Jangan bimbang wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “ Aku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya terlebih dahulu,” kata Jibrail.
Detik-detik terakhir semakin dekat dan tiba masanya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Wahai Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengadu, bagaikan minta simpati. Fatimah memejamkan mata dan suaminya Saidina Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan jibrail memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibrail?” Tanya Rasulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah dicabut dan direnggut ajalnya,” kata Jibrail. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengadu sakit yang tidak tertahan lagi.
Dahsyatnya Maut Ini!
“Ya Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku dan jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu! Ali segera mendekatkan telinga. “ Uushiikum bis syalati, wa maa malakat aimanuku’ (Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu).
Di luar pintu bunyi tangisan mulai terdengar bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummaati, ummatii, ummatii,”(Umatku,umatku,umatku). Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran keislaman sehingga hari ini. Jasadnya diabadikan di Masjid Nabawi, Madinah.

#Subhanallah , betapa hebatnya cinta rasulullah terhadap kita selaku umatnya yang masih berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah dengan menginggati kita sebelum kewafatan baginda . oleh itu , marilah bersama-sama kita semaikan cinta kita terhadap baginda dengan berselawat dan mengamalkan sunnahnya . semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang beriman . insya'Allah ~ 

Thursday, February 21, 2013

Tips menyempurnakan assigment dengan MUDAH

ombak besar , angin taufan , gempa bumi , ya Allah , sesungguhnya ini adalah satu bencana alam yang kau turunkan untuk mengingatkan kami semua agar tidak leka dan lupa akan dirimu . subhanallah ... tetapi itu adalah bencana alam yang besar , tetapi ada juga bencana yang kecil iaitu assigment . bencana ini kerap berlaku kepada semua pelajar yang masih belajar di IPTA dan IPTS seluruh dunia . ianya amat berat walhal hakikatnya ianya adalah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan . tetapi , akibat daripada menunda kerja dan kemalasan yang kian merebak didalam jiwa , maka inilah akibatnya . mulalah serabut kepala bagai nak pecah pown ada . tetapi kita kena lah beringat wahai kawan , sesungguhnya ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai pelajar. oleh itu , uruskanlah masa dan makanlah ubat yang boleh menghalang wabak malas di dalam dirimu . diantara ubatnya yang boleh saya syorkan ialah wuduk , solat dan berdoa then teruskanlah setiap tugasan dengan tenang tanpa ada sebarang tekanan . lakukanlah tugasan mengikut suasana yang mudah bagi kamu untuk berfikir . insya'Allah ,semuanya akan dipermudahkan . amin


Monday, February 18, 2013

Bangkit !

salam ///

setelah lena dibuai cuti selama seminggu , setelah di gegarkan telingga dengan berdas-das tembakan mercun , setelah diserang dengan jatuhan bom tatkala di Hiroshima , bangkitlah ! bangun dari mimpi . pijaklah pada bumi yang nyata , sampai bila kita harus leka ? wah , this is for fun . hehe . inilah cuti seminggu yang memenatkan . tetapi penatnya bukanlah semasa cuti , tapi selepas cuti . apabila segala kerja perlu dihantar selepas cuti tahun baru cina , baru mengelabah nak sibuk membuka fail , baru sibuk mencari broadband terlaju untuk meminta tolong pada pakcik GOOGLe , oh , this realiti for student . hakikatnya , hari isnin adalah hari kebangkitan , lupakan segala suka dan duka . btw , sambil2 selesaikan kerja yang tertunggak umpama bil sewa rumah , eletrik dan air yang tak dibayar selama 3 bulan , jom layan lagu bangkit by DJ Fuzz ft. Altimet & Salam

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa

Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur

Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya



# kesimpulannya , janganlah menangguh dalam melaksanakan kerja , kerna kelak badan binasa , apa pun tak kena . berbaliklah pada yang Maha Esa , kerna dialah yang sebaik-baik tempat meluahkan rasa kesal didalam jiwa , setakat pakcik google , tak semua permasalahan mampu diselesaikan . ingat !

Monday, February 11, 2013

Ayahanda

ayahanda ,
gahnya gelaranmu dimuka bumi ini ,
bunyi tapak kakimu tetap digeruni ,
rotanmu mengajar kami ,
jika naga rela bersembunyi ,
maka engkaulah ayahanda kami ,
imam bagi kami ,
ketua bagi keluarga mithali ,

ayah ! abah ! abi ,
maafkan setiap kesalahan kami ,
kerna kami mahu terus disayangi ,
terus dipimpini ,
mendapat kasih yang tak berbelah bagi ,
bukannya seperti besi ,
jika tidak dihargai ,
maka karat menyelimuti diri ,

ayahanda yang dikasihi ,
engkau bukanlah kuli ,
terpaksa berpatah tulang mencari rezki ,
rezkimu adalah untuk kami ,
dalam misi membesarkan kami ,
masa hadapan jaminan kami ,
untuk melihat jasamu dihargai ,
kerna kami tak sanggup melihatmu berlari ,
dikejar ditetak sampai mati !

gambar hiasan

# hargailah ayahmu kerna tanpa dia , kamu takkan mampu berdiri di bumi ini dengan teknologi dihujung jari dan cintailah ibumu kerna tanpa dia siapalah kamu ! hargailah mereka berdua selagi ada .

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hassan bin Aris (15.5.1959-22.12.2012)
Ayahandaku yang kusayangi .
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman .

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)