Friday, June 21, 2013

Jawapan Nikahku

bila hati mula bertemu , rasa jantung berdegup laju ,
andai jiwa mula bersatu , itu tanda engkau milikku .


wah ,,, dah lama x berpantun , dh lama x update blog , tiba2 nk berjiwang . haha . ok , ini merupakan entry tentang realiti bujang zaman sekarang . ada yang kata baik kahwin awal , ada yang kata payah plak . jadi , dimanakah jawapannya ? jawapannya adalah pada diri sendiri . jika sudah rasa diri itu mampu . just do it ! jika tidak , wait for it . bukan apa , tidak mahu sebarang permasalahan melanda pada sekian hari . kita tidak tahu masa depan , tapi kita belajar dari masa lalu . jikalau risau , yakinlah ! REZKI itu ada . istikharohlah , mmg susah jika menunggu jawapannya secara memkhinzir buta , tapi Allah ada jawapannya . insya'ALLAH ~

Thursday, April 18, 2013

Perintah ALLAH atau perintah hatimu yang perlu diikut ?

hilangnya seseorang yang kita sayang itu mampu mengejutkan kita dari suasana kegembiraan . itulah yang aku alami sekarang . mengapa kegembiraan itu hanya seketika ? kenapa ianya hanya pinjaman dari-Nya ? ok , aku faham sekarang . jika segala kegembiraan ini terus diberikan dan kekal dalam diri kita , kita pasti tiada kata untuk mengucapkan kalimahnya , Alhamdulillah , Allahuakhbar ! adakah apabila kita sedang lena di makan masa , di buai dunia , diperintah oleh jiwa , adakah kita akan mengucapkan syukur kepada-Nya ? oh , silap ! tapi bagaimana ingin ditebus segala yang terjadi ? bagaimana ingin dipalingkan dari keterlanjuran diri yang telah lupa akan-Nya ? bagaimana ? semuanya terpulang pada diri , sesungguhnya jika engkau faham akan perintah oleh-Nya , engkau akan jadi seorang yang akan dijaga dunia dan akhirat , tapi jikau engkau masih akur akan perintah jiwamu ! perintah hatimu ! yang kian mengecil , hitam dan busuk kerana duniamu , sehinggakan sekecil hatimu itu mampu memerintahkan jasadmu , kamu tunduk akan perintah hatimu , tapi perintah tuhanmu ? ALLAH ! ingatlah , jika kamu menjaga hatimu , menjaga dirimu , menjaga hubunganmu dengan pencipta , pasti kamulah orang yang paling bahagia didunia dan diakhirat . siapakah yang akan memberikan kamu kebahagiaan ? adakah hatimu ? bukan ! tetapi tuhanmu yang layak disembah dan tiada tuhan melainkannya iaitu ALLAH . kembalilah pada-Nya , pasti kebahagiaanmu akan dijaga . insya'Allah .

Wednesday, April 3, 2013

Guru

 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
-Usman Awang-


gambar hiasan : SK Bukit Lintang , Kota Tinggi .

Friday, March 15, 2013

Sketsa di ambang perkahwinan



aku : Alhamdulillah , semuanya sudah sempurna .
dia : erm , ok ... then ?
aku : agak2 bila kita boleh nikah ?
dia : bila senang la (^_^)
aku : arrrgggggghhhhhhh !!! itu aku taw la . 


# hanya lakonan semata-mata , tapi ingat ! sabar itu indah .

Tuesday, March 12, 2013

disebalik jualan KAPPA (original or fake/clone)

Bismillahirrahmanirrahim

sekarang , saya akan merungkai disebalik jualan untuk Johor DT dalam kancah pergolakan yang dialami oleh pihak KAPPA . baiklah , jika anda diberi pilihan untuk membeli jersi berharga rm50 sehelai atau rm99.90 sehelai , mana yang anda akan pilih? tetapi berbaloikah anda membeli jersi yang murah? adakah anda mementingkan kualiti? adakah anda tahu yang manu satu yang original ? inilah persoalan yang sentiasa bermain difikiran jika kita menghadapi situasi seperti ini. dimanakah untuk kita membezakan yang ORIGINAL atau FAKE/CLONE ?

secara jelasnya, isu yang terjadi sekarang ialah adakah jersi pink yang sebenar sudah dikeluarkan ORIGINAL from KAPPA ? jika kita lihat , page Kappa Malaysia Jersi dan Aksesori Sukan belum mengeluarkan jersi pink tetapi di page Jualan Jersi Liga Tempatan sudah mula mengeluarkan jersi pink JDT dengan harga RM96 , dimanakah kebenarannya ? ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak tapi tidak baik untuk menganiaya orang lain . jika kita peminat , kita akan tahu dimana nilainya sebuah pasukan , THIS IS SOUTHERN TIGER .

kesimpulannya , saya difahamkan daripada seorang sahabat yang terbabit dalam KAPPA Malaysia ialah jersi pink JDT kemungkinan akan keluar pada akhir bulan nie , katanya tapi tidak pasti tarikhnya then yang pasti pada tarikh saya post tentang ini , jersi 3rd pink original Kappa belum keluar lagi , harap maklum !

lagi satu isu mengenai t-shirt polo southern tiger berwarna putih . memang benar t-shirt polo yang dipakai oleh Fandi Ahmad sangat berlainan dengan design yang dikeluarkan oleh KAPPA Malaysia , kerna t-shirt yang dipakai oleh Fandi ialah original from Singapura . oleh kerana ada permintaan daripada peminat , Kappa Malaysia mengeluarkan t-shirt polo southern tiger berwarna putih berdasarkan design sebelum ini yang berwarna hitam .


credit for page Kappa Malaysia Jersi dan Aksesori Sukan . saya juga membuka tempahan t-shirt ini dengan harga rm80 sehelai termasuk pos . inilah yang dikeluarkan oleh kappa then tak sama dengan yang Fandi pakai coz itu keluaran Kappa Singapore . tapi jika inginkan yang sama dengan Fandi , boleh standy dalam rm2++ or maybe more than it untuk dapatkannya . haha . selain itu , jika kepada sesiapa yang sememangnya inginkan jersi pink gred AAA , saya boleh dapatkannya dengan harga rm50 tidak termasuk pos , tapi pasal kualiti , saya tidak berani memberi sebarang jaminan . 

#insya'Allah jersi home n away akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat . jika anda inginkan yang ORIGINAL , kena bersabar , kalau nak cepat sahaja , boleh dapatkan jersi yang anda minati dipasar berdekatan dengan tempat anda . sekian

Monday, March 4, 2013

LIMITED ! training kit GOLD - original KAPPA

Al-Fatihah untuk pejuang kita yang telah kembali kerahmatullah semasa di Lahad Datu tempoh hari .

sekarang kawan ingin memperkenalkan training kit GOLD from kappa .
sebelum ni ada yang tertanya berapa banyak training kit yang kappa keluarkan ?


jersi yg dipakai oleh pemain JDT semasa perlawanan persahabatan menentang Pelita Bandung Raya FC



 ini adalah training kit PINK yang diantara yg kappa keluarkan .
sekarang dh banyak yg ciplak . sampaikan ada training kit YELLOW,RED,BLUE .
hope semua jgn terpedaya coz ori it's better then fake/clone .


ini adalah training kit GOLD (NEW) from kappa .
training kit nie bru sahaja dicetak then LIMITED .
jika siapa mahukannya boleh menghantar tempahan kepada saya .
kain jersi (heat press)
lambang HARIMAU SELATAN adalah sulam .
RM70 siap pos .

#credit pic from kappa Malaysia jersi & aksesori sukan

Monday, February 25, 2013

Jersey JDT - home , away , 3rd , 4rd

gambar diatas merupakan jersey JOHOR DARUL TAKZIM .
ORIGINAL kappa ada penambahan HARIMAU SELATAN dihadapan baju .
JOHOR CORP pada belakang baju di bahagian bawah .
dan ada badge LIGA MALAYSIA di lengan kanan .

harga semasa untuk baju home n away - rm89.90
pink-rm99.90

jika ada sesiapa ingin membuat tempahan . sila pm saya .
buat masa ini hanya jersey home n away sahaja yang ada .
jersey pink bakal menyusul . tunggu dateline dari kappa .

hope semua tidak tertipu untuk membeli yang tidak original kerna sekarang sudah banyak yang fake sehinggakan ada yang mengeluarkan gambar untuk jersey yang keempat . walhal tiada jersey yang keempat . then saya tidak tahu sama ada gambar ini satu penghinaan atau gurauan .
THINK POSITIVE !


 apapun , belilah yang original .
walaupun lambat n mahal , tetapi memuaskan .
bersama-sama kita memartabakan bola sepak MALAYSIA .
JOHOR DARUL TAKZIM untuk semua .
LUASKAN KUASAMU ~
Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)