ya Allah , serabutnya otak aku pada hari ini . terasa seperti batu menghempap diriku ditambah dengan lori 16 tayar serta panahan kilat sabung-menyabung . erm , adakah kerna aku leka akan duniaku ?
aku telah diamanahkan untuk memberi taklimat kepada guru pelatih Pengajian Agama mengenai Sambutan Maulidur Rasul . oleh itu aku telah menetapkan masanya adalah selepas tamat sesi budaya Al-Quran kerna tiada masa lain lagi yang ada untuk memberikan taklimat tersebut . tetapi tiba2 taklimat itu cancel kerana pensyarah aku ingin mengadakan kelas awal . walhal itu adalah waktu yang aku telah tetapkan dan ini amanah aku untuk menyampaikannya sebelum cuti raya cina kerna perlaksanaannya setelah naik cuti nanti . aku terdiam . rakan kelasku semuanya telah masuk ke kelas . guru pelatih Pengajian Agama yang lain hanya duduk . takkan meeting berjalan tanpa kehadiran semua Ahli Syura . dan mulalah mulut2 sumbing dengan suara2 sumbang berkata dibelakangku , " jadi ke tak jadi meeting nie ? semalam kata meeting sekarang , tapi tak jadi plak . haish " .OMG ~ bengang nya aku . tapi tiada siapa2 yang patut dipersalahkan . mugkin ini salah aku . khilaf aku kerna tidak pandai mengurus masa . maaf kawan ...
tapi kita kena fikir positif . aku terbayang nasihat seseorang ini kepadaku semalam , " aji kena fikir positif k " . mungkin ini dugaan darimu . aku redha . dan aku berharap agar segala kekhilafan aku pada hari ini akan menjadi pengajaran kepadaku untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih serius .
moral of the story :- laksanakan amanah dengan betul , belajar urus masa , selalu berfikiran postif !
No comments:
Post a Comment