Tuesday, July 23, 2013

Zikir membezakan orang yang kufur dan bersyukur

berzikirlah !!! apa lagi yang kamu tunggu ? sesungguhnya kita semua tahu bahawa zikir itu akan membezakan orang yang kufur dan orang yang sentiasa bersyukur . kenapa ? masih tidak percaya ? baiklah , jika kita memperoleh sesuatu nikmat , misalnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan , tetapi kita masih enggan bertahmid kepada ALLAH dengan bersyukur , adakah itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur ? hakikatnya kita adalah insan yang kufur akan nikmatNya ! sesungguhnya itu semua adalah datang daripadaNya . Masya'Allah , manusia sudah tenat ! dunia mahu kiamat ! bayangkan , kita mampu berceloteh sepanjang hari tetapi hanya perkataan Alhamdulillah pun tak mampu !

Aishah R.A melaporkan bahawa Rasulullah mengingati Allah pada setiap masa 
(direkodkan oleh Muslim)

jika Rasulullah mengingati Allah setiap masa , adakah kita tak mampu mengikut sunnah-Nya ? bukan susah , hanya berzikir tanda kita ingat kepadanya . baiklah , sekarang saya akan berkongsi bagaimana kita ingin kekalkan zikir didalam kehidupan seharian :-
  • Subhanallah - apabila melihat kebesaran Allah seperti langit , pelangi dan sebagainya .
  • Alhamdulillah - apabila kita memperoleh nikmat dan kebaikan
  • Allahuakhbar - apabila kita melihat kekuasaan Allah dan takjub akan ciptaannya
berzikirlah wahai manusia , sampai bila kita akan menggunakan mulut kita hanya kepada perkara yang sia-sia . sampai bila kita akan leka bermulut akan dunia tetapi tidak tahu siapakah yang menciptakannya . jika berat mulut untuk berzikir , zikirlah melalui hati . sesungguhnya dengan zikir tidak akan membuatkan kamu rugi . apatah lagi jika diamalkan semasa bulan ramadhan , sungguh besar ganjarannya . Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar ~ (MohamadHafiz,2013) - tazkirah -

Monday, July 8, 2013

Amalan-amalan yang baik dilakukan sepanjang bulan Ramadhan


*renungkan amalan yang kita lakukan setiap hari? Adakah pada ramadhan nanti akan merubah kita menjadi lebih baik dari sekarang? Apakah yang kita tunggu semasa ramadhan? Raya? Jika kita kata bahawa kita mampu beribadat semasa ramadhan tanpa godaan syaitan, mengapa masih ada yang melakukan perkara yang sia-sia? Adakah syaitan yang menguasai kita ataupun nafsu semata?

                -analogi : air didalam cawan yang digodak dengan sudu dan tiba-tiba sudu diangkat dari air tersebut tetapi air tetap berpusing? Air adalah manusia , sudu adalah syaitan. Bagaimana kita nak halang sudu dari terus menggodak kita? Ianya adalah dengan amalan yang baik .

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa.
Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan amalan yang baik agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik.

“Apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”-(surah Al-Baqarah ayat 215) . apakah jenis-jenis kebaikan itu ?

Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa :

Membaca Al-Qur’an

Abu Umamah melaporkan “ saya mendengar Rasulullah SAW menerangkan ‘saudara semua bacalah Al-Quran, ia memberi pertolongan kepada sesiapa yang membaca dan mengamalkannya pada hari kiamat kelak”-direkodkan oleh Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 180 m/s 541 – kelebihan membaca Al-Quran)
                -adakah dengan membaca Al-Quran mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak ?
                -ya, kerna Al-Quran merupakan diantara harta yang ditinggalkan dan merupakan petunjuk bagi seluruh umat islam. Bacalah ! agar kamu tidak sesat. Kita tidak sempat berjumpa dengan nabi untuk dijadikan teladan tetapi sesungguhnya akhlak nabi ialah Al-Quran
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.
Baca Al-Quran bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja , tetapi pada setiap hari kerna didalam buku (Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah SAW-Zulkarnain Dollah m/s 74) , kata Rasulullah SAW ,
-Bacalah Al-Quran setiap bulan
                (direkodkan oleh Abu Daud)
Kesimpulannya , bacalah Al-Quran setiap masa kerana siapa yang tidak membaca Al-Quran walaupun sehari , hatinya umpama rumah yang kosong (hati hitam).

Bangun di tengah Malam Untuk Solat Sunat (Qiamulail)

Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu dan kerap bangun malam terutama di 10 hari terakhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30. Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu malam yang sangat istimewa untuk umatnya yang berpuasa iaitu malam turunnya Lailatul Qodar.
Aisyah melaporkan,”apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan ramadhan,rasulullah menghidupkan malamnya dengan beribadah pada setiap malam, beliau mengejutkan isterinya dengan bersungguh-sungguh untuk diajak beribadah. Beliau juga tidak tidur bersama-sama dengan para isterinya pada malam-malam berkenaan”-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 216 m/s 626 – kepentingan beribadah pada malam Al-Qadar) – fokus pada ibadah yang dilakukan .
Hakikatnya waktu qiamullail yang dinyatakan adalah 2/3 malam . waktu yang terbaik untuk berhubung dengan Allah dikala suasana sunyi dan waktu insan sedang nyenyak diulit mimpi. Contohnya, Rasulullah pergi ke gua hira’ untuk bersendirian dan beribadat kepada Allah. 
*Kisah teladan bagi menggambarkan kehebatan orang yang menjaga qiamullailnya seperti :-
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA- Sultan Muhammad Al-Fateh
Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?
Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

I’tikaf Di Masjid

I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” sesungguhnya subhanallah wala ilaha illallah wallahu akbar dapat menjatuhkan dosa sebagaimana pohon menjauhkan dedaunnya” beliau berkata didalam Targhib (jilid tiga, halaman 93) periwayatnya sohih – (Mukhtasar Hayatus Shahadah – Mahmud Thu’mah Halabi m/s 254)
                -manusia umpama pokok , daun itu adalah dosa
*orang yang mengingati Allah , nescaya Allah akan menginggatinya
                -Surah Al-Baqarah : 152

bersedekah

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah R.A katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)


Renungan terakhir , apakah yang kita lakukan selama 24jam sehari? Jika kita ada masa untuk beberapa jam urusan duniawi , takkan kita tiada 10minit untuk urusan ukhrawi? Takkan kita semua tiada masa untuk membaca Al-Quran walaupun 1muka surat? Takkan tiada masa untuk beribadat kepada Allah? Takkan tiada masa untuk mengerjakan solat berjemaah dimasjid?iktikaf dimasjid? Takkan tiada masa walaupun hanya berzikir kepada Allah? Sampai bila kita akan terus lupa sedangkan manusia diluar sana sedang gelak melihat kita yang semakin leka dengan dunia ciptaan mereka! Dunia hiburan semata!

Pujangga ada mengatakan , jangan leka akan adat dunia , kerna kita ada adab dalam beragama, jika kita tidak beradab , kita akan menjadi biadap,(MohamadHafiz,2013)

Marilah memperbanyakkan amalan. Sesungguhnya amalan ini bukanlah hanya dilakukan pada bulan ramadhan sahaja , tetapi elok dilakukan pada setiap masa. Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. Amin …
Sesungguhnya ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah

Jadikanlah diri kita ini seorang yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air . insya’Allah .

Tuesday, July 2, 2013

Al-Quran Pelangi dengan tafsir ( Sinarilah Ramadhanmu )

Alhamdulillah , sempena bulan ramadhan ini , marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itulah yang akan menjadi syafaat kepada kita diakhirat kelak . ingatlah bahawa 2 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah .

Dengan ini , saya mengumumkan bahawa tidak lama lagi kita semua akan menempuhi bulan Ramadhan . oleh itu , bagi mencantikkan perjalanan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan , saya ada menjual Al-Quran Pelangi yang mempunyai 3 versi iaitu untuk Lelaki , Wanita dan Mahabbah(keluarga) . Al-Quran ini bukanlah untuk menjadikan kita seorang yang riak dengan adanya Al-Quran yang cantik serta mahal , tetapi adalah untuk menambahkan minat kita dalam membaca Al-Quran . setiap Al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam isi yang tersurat di dalam Al-Quran tersebut dan yang paling penting mempunyai TAFSIR .


Gambar pertama ialah Al-Quran Wanita . kedua ialah Al-Quran Lelaki dan yang ketiga ialah Al-Quran Versi Keluarga .

Al-Quran Lelaki dan Wanita : rm90
Al-Quran Mahabbah(keluarga) :rm120
jika berminat , PM : 0177987220 (hafiz)

Hayatilah Ramadhan anda kali ini dengan warna-warni . Insya'Allah , semoga kita dapat memperbanyakkan amal dibulan yang penuh berkat ini . menjual , membeli sambil bersedekah . insya'Allah ~

Sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran , tetapi bukanlah hiasan di dulang tetapi hiasan dihati raja sehari untuk duniawi dan ukhrawi .

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)