berzikirlah !!! apa lagi yang kamu tunggu ? sesungguhnya kita semua tahu bahawa zikir itu akan membezakan orang yang kufur dan orang yang sentiasa bersyukur . kenapa ? masih tidak percaya ? baiklah , jika kita memperoleh sesuatu nikmat , misalnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan , tetapi kita masih enggan bertahmid kepada ALLAH dengan bersyukur , adakah itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur ? hakikatnya kita adalah insan yang kufur akan nikmatNya ! sesungguhnya itu semua adalah datang daripadaNya
. Masya'Allah , manusia sudah tenat ! dunia mahu kiamat ! bayangkan , kita mampu berceloteh sepanjang hari tetapi hanya perkataan Alhamdulillah pun tak mampu !
Aishah R.A melaporkan bahawa Rasulullah mengingati Allah pada setiap masa
(direkodkan oleh Muslim)
jika Rasulullah mengingati Allah setiap masa , adakah kita tak mampu mengikut sunnah-Nya ? bukan susah , hanya berzikir tanda kita ingat kepadanya . baiklah , sekarang saya akan berkongsi bagaimana kita ingin kekalkan zikir didalam kehidupan seharian :-
- Subhanallah - apabila melihat kebesaran Allah seperti langit , pelangi dan sebagainya .
- Alhamdulillah - apabila kita memperoleh nikmat dan kebaikan
- Allahuakhbar - apabila kita melihat kekuasaan Allah dan takjub akan ciptaannya
berzikirlah wahai manusia , sampai bila kita akan menggunakan mulut kita hanya kepada perkara yang sia-sia . sampai bila kita akan leka bermulut akan dunia tetapi tidak tahu siapakah yang menciptakannya . jika berat mulut untuk berzikir , zikirlah melalui hati . sesungguhnya dengan zikir tidak akan membuatkan kamu rugi . apatah lagi jika diamalkan semasa bulan ramadhan , sungguh besar ganjarannya . Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar ~ (MohamadHafiz,2013) - tazkirah -
No comments:
Post a Comment