*renungkan amalan yang kita lakukan setiap hari? Adakah pada ramadhan nanti akan merubah kita menjadi lebih baik dari sekarang? Apakah yang kita tunggu semasa ramadhan? Raya? Jika kita kata bahawa kita mampu beribadat semasa ramadhan tanpa godaan syaitan, mengapa masih ada yang melakukan perkara yang sia-sia? Adakah syaitan yang menguasai kita ataupun nafsu semata?
-analogi
: air didalam cawan yang digodak dengan sudu dan tiba-tiba sudu diangkat dari
air tersebut tetapi air tetap berpusing? Air adalah manusia , sudu adalah
syaitan. Bagaimana kita nak halang sudu dari terus menggodak kita? Ianya adalah
dengan amalan yang baik .
Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari
Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan
melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah
puasa.
Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan amalan
yang baik agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak
hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan
yang baik.
“Apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan,
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”-(surah Al-Baqarah ayat 215) . apakah jenis-jenis kebaikan itu ?
Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa :
Membaca Al-Qur’an
Abu Umamah melaporkan “ saya mendengar Rasulullah SAW
menerangkan ‘saudara semua bacalah Al-Quran, ia memberi pertolongan kepada
sesiapa yang membaca dan mengamalkannya pada hari kiamat kelak”-direkodkan oleh
Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 180 m/s 541 – kelebihan membaca Al-Quran)
-adakah
dengan membaca Al-Quran mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak ?
-ya,
kerna Al-Quran merupakan diantara harta yang ditinggalkan dan merupakan
petunjuk bagi seluruh umat islam. Bacalah ! agar kamu tidak sesat. Kita tidak
sempat berjumpa dengan nabi untuk dijadikan teladan tetapi sesungguhnya akhlak nabi ialah Al-Quran
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi
Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan
Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya
berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya.
Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak
kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.
Baca Al-Quran bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja ,
tetapi pada setiap hari kerna didalam buku (Amalan 24jam dalam kehidupan
Rasulullah SAW-Zulkarnain Dollah m/s 74) , kata Rasulullah SAW ,
-Bacalah Al-Quran setiap bulan
(direkodkan
oleh Abu Daud)
Kesimpulannya , bacalah Al-Quran setiap masa kerana siapa
yang tidak membaca Al-Quran walaupun sehari , hatinya umpama rumah yang kosong
(hati hitam).
Bangun di tengah
Malam Untuk Solat Sunat (Qiamulail)
Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi Nabi Muhammad SAW.
Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu dan kerap bangun malam
terutama di 10 hari terakhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30.
Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu malam yang sangat istimewa untuk umatnya
yang berpuasa iaitu malam turunnya Lailatul Qodar.
Aisyah melaporkan,”apabila
tiba sepuluh malam terakhir bulan ramadhan,rasulullah menghidupkan malamnya
dengan beribadah pada setiap malam, beliau mengejutkan isterinya dengan
bersungguh-sungguh untuk diajak beribadah. Beliau juga tidak tidur
bersama-sama dengan para isterinya pada malam-malam berkenaan”-direkodkan oleh
Bukhari dan Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 216 m/s 626 – kepentingan
beribadah pada malam Al-Qadar) – fokus pada ibadah yang dilakukan .
Hakikatnya waktu qiamullail yang dinyatakan adalah 2/3 malam
. waktu yang terbaik untuk berhubung dengan Allah dikala suasana sunyi dan
waktu insan sedang nyenyak diulit mimpi. Contohnya, Rasulullah pergi ke gua
hira’ untuk bersendirian dan beribadat kepada Allah.
*Kisah teladan bagi menggambarkan kehebatan orang yang
menjaga qiamullailnya seperti :-
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA- Sultan Muhammad
Al-Fateh
Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah
ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di
sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?
Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh,
sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk.
Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah
salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib
setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah
antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”
Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan
bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat
tahajjud sejak akil baligh!
I’tikaf Di Masjid
I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di masjid untuk berzikir
kepada Allah.
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas RA bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda:” sesungguhnya subhanallah wala ilaha illallah wallahu akbar
dapat menjatuhkan dosa sebagaimana pohon menjauhkan dedaunnya” beliau berkata
didalam Targhib (jilid tiga, halaman 93) periwayatnya sohih – (Mukhtasar
Hayatus Shahadah – Mahmud Thu’mah Halabi m/s 254)
-manusia
umpama pokok , daun itu adalah dosa
*orang yang mengingati Allah , nescaya Allah akan
menginggatinya
-Surah
Al-Baqarah : 152
bersedekah
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah R.A katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)
Renungan terakhir , apakah yang kita lakukan selama 24jam
sehari? Jika kita ada masa untuk beberapa jam urusan duniawi , takkan kita
tiada 10minit untuk urusan ukhrawi? Takkan kita semua tiada masa untuk membaca
Al-Quran walaupun 1muka surat? Takkan tiada masa untuk beribadat kepada Allah?
Takkan tiada masa untuk mengerjakan solat berjemaah dimasjid?iktikaf dimasjid?
Takkan tiada masa walaupun hanya berzikir kepada Allah? Sampai bila kita akan
terus lupa sedangkan manusia diluar sana sedang gelak melihat kita yang semakin
leka dengan dunia ciptaan mereka! Dunia hiburan semata!
Pujangga ada mengatakan , jangan leka akan adat dunia , kerna kita ada
adab dalam beragama, jika kita tidak beradab , kita akan menjadi
biadap,(MohamadHafiz,2013)
Marilah memperbanyakkan amalan. Sesungguhnya amalan ini
bukanlah hanya dilakukan pada bulan ramadhan sahaja , tetapi elok dilakukan
pada setiap masa. Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. Amin …
Sesungguhnya ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah
Jadikanlah diri kita ini seorang yang berguna kepada Agama,
Bangsa dan Tanah Air . insya’Allah .
No comments:
Post a Comment