Thursday, March 27, 2014

Pengajaran mikro dan senarai semak

  Konsep Pengajaran Mikro

·         Mikro bermaksud kecil atau halus

·         Merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi sebenar pengajaran di bilik darjah

·         Memberi fokus / tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya akan menjadi satu pengajaran yang lengkap

·         Terdapat lapan kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro

·         Masa untuk mengajar sesuatu kemahiran : antara 5 – 10 minit

·         Bilangan murid : 5 - 10 orang ( rakan pelatih ) sahaja

·         Rakan pelajar memainkan peranan penting : sebagai murid dan pemerhati ( untuk menilai kekuatan dan kelemahan “guru” semasa sesi p&p berlangsung dan seterusnya memberi komen membina )

·         Segala aktiviti akan dilihat untuk menilai sama ada sesuatu kemahiran yang dipraktikkan itu memenuhi konsepnya atau tidak ( oleh guru sendiri melalui sesi refleksi, rakan-rakan pemerhati dan pensyarah pembimbing )


·         Tujuan Pengajaran Mikro:
 -Mempraktikkan setiap pengajaran dalam satu situasi terancang dan dipermudahkan 
 -  Mempelajari teknik p&p dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks
 - Mengamalkan teori p&p yang baru dipelajari
 - Mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di sekolah
 -Mengkaji sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran
 -Membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

 - Melakukan perbincangan selepas sesi pengajaran bagi mengenal pasti kelemahan dan kesalahan dan seterusnya membaikinya
 - Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi pengajaran yang sebenar di kelas

1.            Kemahiran-Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Kemahiran Set Induksi

Kemahiran Variasi Pelbagai Rangsangan

Kemahiran Menerang

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Kemahiran Peneguhan

Kemahiran Penutup



Senarai Semak Komponen Kemahiran Set Induksi






Komponen Kemahiran Set Induksi
Catatan





perhatian
Menggunakan nada suara


Menggunakan bahan bantu


mengajar


Menarik
Menggunakan gerak, isyarat,


kontak mata


Menunjukkan satu aktiviti yang


menarik









motivasi
Meningkatkan perasaan ingin tahu


Menggunakan teknik bercerita


Mewujudkan


Mempamerkan satu aktiviti yang


menarik


Melontarkan soalan yang mencabar






Perkaitan
Menyatakan had tugas





Mengemukakan set soalan


berkaitan


Membuat



Menyatakan cara-cara


melaksanakan tugas



Menyatakan aktiviti, tugas atau



projek






Menstruktur
Mengaitkan pengetahuan lepas





Mengemukakan isi pelajaran baru







Mengaitkan peristiwa semasa







Mengaitkan minat dan pengalaman



murid










Senarai Semak Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan

Komponen-komponen Variasi
Catatan
Rangsangan

Perubahan Pergerakan Guru



Perubahan pergerakan anggota badan

guru



Perubahan nada suara bacaan



Perubahan fokus deria murid



Perubahan interaksi lisan guru



Perubahan pergerakan fizikal murid



Objektif

Memusatkan perhatian murid



Mengekalkan perhatian murid dalam

pengajaran

Melibatkan murid secara aktif dalam

aktiviti pembelajaran

Memberikan peluang kepada murid

menggunakan deria untuk mengikuti

aktiviti pembelajaran

Meningkatkan naluri ingin tahu murid

dalam aktiviti yang dilaksanakan

Membuka peluang murid menikmati

kepelbagaian aktiviti

Mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan






Senarai Semak Komponen Kemahiran Penyoalan

Komponen Kemahiran Penyoalan
Catatan

Pembentukan
Jelas





soalan
Tepat



Ringkas







Soalan ditumpukan pada satu


Fokus
idea


(tunggal)
Soalan konvergen










Soalan ditumpukan pada


Fokus
lebih daripada satu idea





(pelbagai)
Soalan divergen






Sebaran
Ditaburkan kepada seluruh



kelas


Hentian
Beri masa murid fikirkan



jawapan



Beri pujian


Melayan



Lengkapkan jawapan


jawapan




Baiki jawapan






Memberi
Pandu dengan petunjuk


petunjuk
jawapan


jawapan



Mencungkil
Soalan bersiri / berangkai


fikiran








Senarai Semak Komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Catatan


Saiz tulisan yang sesuai


Kejelasan



Tulisan kemas dan tepat







Gambarajah jelas dan ringkas







Penggunaan ruang bagi tulisan



dan rajah sesuai dan seimbang


Susunan / Layout



Susunan dan tulisan dapat dilihat






dengan jelas







Nota-nota disusun secara



sistematik






Penonjolan atau
Penggunaan warna yang sesuai


penekanan
dan menarik







Berjaya membentuk konsep


Teknik
dengan jelas


Memudahkan konsep atau idea


Persembahan
yang sukar







Boleh melibatkan murid dalam



aktiviti pembelajaran







Digunakan pada masa sesuai











Senarai Semak Komponen Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Komponen Kemahiran Penggunaan Bahan
Catatan


Bantu Mengajar



Memberikan pengukuhan kepada


Prinsip
murid



Menarik



Memberi rangsangan kepada



murid







Sesuai dengan objektif / hasil


Kesesuaian
pembelajaran


Sesuai dengan isi kandungan







Digunakan pada masa yang



sesuai



Menggunakan warna yang



menarik






Mencabar
Mencetuskan idea


Menggerakkan aktiviti



Menjadi bahan soal jawab



Menjadi bahan perbincangan



Timbul rasa ingin tahu






Kejelasan
Dapat dilihat dengan jelas



Dapat didengar dengan jelas







Maklumat yang dipaparkan jelas







Maklumat ringkas, padat dan tepat







Saiz bersesuaian







Membantu kefahaman


Penggunaan



Meningkatkan kemahiran


berfungsi




Memudahkan pengajaran dan



pembelajaran



Menjelaskan fakta











Senarai Semak Komponen Kemahiran Peneguhan





Komponen Kemahiran Peneguhan
Catatan

Lisan -

Menggunakan sebutan : baik / jelas /



ya / betul / bagus / jawapan bagus


Positif






Guru menggulung jawapan murid







Gerak

Senyum, mengangguk kepala,


Isyarat -

menepuk tangan, mengangkat jari


Positif






Mendampingi murid


Dampingan





Berdiri di sebelah murid













Duduk di sisi murid







Sentuhan

Sentuhan mengikut adat :



menyentuh kepala, bahu dan




bahagian belakang badan murid







Lisan -

Menggunakan sebutan : Tidak elok /



bukan / salah / tidak / Kurang


Negatif

lengkap









Menyindir







Gerak

Menggeleng-gelengkan kepala






Isyarat -








Negatif

Menunjukkan muka marah









Menggoyangkan tangan














Senarai Semak Komponen Kemahiran Penutup







Komponen Kemahiran Penutup
Catatan

Kognitif

Membuat rumusan







Mengulang isi penting


Berkait








Aktiviti penilaian













Aktiviti susulan









Aktiviti pengukuhan







Sosial

Menimbulkan perasaan










Berkait

Memberi peneguhan







Perasaan ingin tahu













Motivasi









Mengaitkan pelajaran akan datang











Tuesday, February 25, 2014

Cara-cara Menyelesaikan Masalah



problem solving , how to solve it ? all about problem . 

sekarang, mari kita fikir sejenak . luangkan masa .  

mengapa kita diuji ?

kerana , ALLAH sayang kita dan ingat akan kita agar kita kekal ingat akanNya . pahe dok ? dok pahe gak ? hok aloh mu ni . mu bace sekali lagi .

Allah sebenarnya ingatkan kita agar kita tidak lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya .

Tuesday, July 23, 2013

Zikir membezakan orang yang kufur dan bersyukur

berzikirlah !!! apa lagi yang kamu tunggu ? sesungguhnya kita semua tahu bahawa zikir itu akan membezakan orang yang kufur dan orang yang sentiasa bersyukur . kenapa ? masih tidak percaya ? baiklah , jika kita memperoleh sesuatu nikmat , misalnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan , tetapi kita masih enggan bertahmid kepada ALLAH dengan bersyukur , adakah itu tandanya kita adalah orang yang bersyukur ? hakikatnya kita adalah insan yang kufur akan nikmatNya ! sesungguhnya itu semua adalah datang daripadaNya . Masya'Allah , manusia sudah tenat ! dunia mahu kiamat ! bayangkan , kita mampu berceloteh sepanjang hari tetapi hanya perkataan Alhamdulillah pun tak mampu !

Aishah R.A melaporkan bahawa Rasulullah mengingati Allah pada setiap masa 
(direkodkan oleh Muslim)

jika Rasulullah mengingati Allah setiap masa , adakah kita tak mampu mengikut sunnah-Nya ? bukan susah , hanya berzikir tanda kita ingat kepadanya . baiklah , sekarang saya akan berkongsi bagaimana kita ingin kekalkan zikir didalam kehidupan seharian :-
  • Subhanallah - apabila melihat kebesaran Allah seperti langit , pelangi dan sebagainya .
  • Alhamdulillah - apabila kita memperoleh nikmat dan kebaikan
  • Allahuakhbar - apabila kita melihat kekuasaan Allah dan takjub akan ciptaannya
berzikirlah wahai manusia , sampai bila kita akan menggunakan mulut kita hanya kepada perkara yang sia-sia . sampai bila kita akan leka bermulut akan dunia tetapi tidak tahu siapakah yang menciptakannya . jika berat mulut untuk berzikir , zikirlah melalui hati . sesungguhnya dengan zikir tidak akan membuatkan kamu rugi . apatah lagi jika diamalkan semasa bulan ramadhan , sungguh besar ganjarannya . Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar ~ (MohamadHafiz,2013) - tazkirah -

Monday, July 8, 2013

Amalan-amalan yang baik dilakukan sepanjang bulan Ramadhan


*renungkan amalan yang kita lakukan setiap hari? Adakah pada ramadhan nanti akan merubah kita menjadi lebih baik dari sekarang? Apakah yang kita tunggu semasa ramadhan? Raya? Jika kita kata bahawa kita mampu beribadat semasa ramadhan tanpa godaan syaitan, mengapa masih ada yang melakukan perkara yang sia-sia? Adakah syaitan yang menguasai kita ataupun nafsu semata?

                -analogi : air didalam cawan yang digodak dengan sudu dan tiba-tiba sudu diangkat dari air tersebut tetapi air tetap berpusing? Air adalah manusia , sudu adalah syaitan. Bagaimana kita nak halang sudu dari terus menggodak kita? Ianya adalah dengan amalan yang baik .

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa.
Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan amalan yang baik agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik.

“Apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”-(surah Al-Baqarah ayat 215) . apakah jenis-jenis kebaikan itu ?

Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa :

Membaca Al-Qur’an

Abu Umamah melaporkan “ saya mendengar Rasulullah SAW menerangkan ‘saudara semua bacalah Al-Quran, ia memberi pertolongan kepada sesiapa yang membaca dan mengamalkannya pada hari kiamat kelak”-direkodkan oleh Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 180 m/s 541 – kelebihan membaca Al-Quran)
                -adakah dengan membaca Al-Quran mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak ?
                -ya, kerna Al-Quran merupakan diantara harta yang ditinggalkan dan merupakan petunjuk bagi seluruh umat islam. Bacalah ! agar kamu tidak sesat. Kita tidak sempat berjumpa dengan nabi untuk dijadikan teladan tetapi sesungguhnya akhlak nabi ialah Al-Quran
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.
Baca Al-Quran bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja , tetapi pada setiap hari kerna didalam buku (Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah SAW-Zulkarnain Dollah m/s 74) , kata Rasulullah SAW ,
-Bacalah Al-Quran setiap bulan
                (direkodkan oleh Abu Daud)
Kesimpulannya , bacalah Al-Quran setiap masa kerana siapa yang tidak membaca Al-Quran walaupun sehari , hatinya umpama rumah yang kosong (hati hitam).

Bangun di tengah Malam Untuk Solat Sunat (Qiamulail)

Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu dan kerap bangun malam terutama di 10 hari terakhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30. Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu malam yang sangat istimewa untuk umatnya yang berpuasa iaitu malam turunnya Lailatul Qodar.
Aisyah melaporkan,”apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan ramadhan,rasulullah menghidupkan malamnya dengan beribadah pada setiap malam, beliau mengejutkan isterinya dengan bersungguh-sungguh untuk diajak beribadah. Beliau juga tidak tidur bersama-sama dengan para isterinya pada malam-malam berkenaan”-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim (Riyadus Solihin-Imam Nawawi bab 216 m/s 626 – kepentingan beribadah pada malam Al-Qadar) – fokus pada ibadah yang dilakukan .
Hakikatnya waktu qiamullail yang dinyatakan adalah 2/3 malam . waktu yang terbaik untuk berhubung dengan Allah dikala suasana sunyi dan waktu insan sedang nyenyak diulit mimpi. Contohnya, Rasulullah pergi ke gua hira’ untuk bersendirian dan beribadat kepada Allah. 
*Kisah teladan bagi menggambarkan kehebatan orang yang menjaga qiamullailnya seperti :-
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA- Sultan Muhammad Al-Fateh
Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?
Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

I’tikaf Di Masjid

I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” sesungguhnya subhanallah wala ilaha illallah wallahu akbar dapat menjatuhkan dosa sebagaimana pohon menjauhkan dedaunnya” beliau berkata didalam Targhib (jilid tiga, halaman 93) periwayatnya sohih – (Mukhtasar Hayatus Shahadah – Mahmud Thu’mah Halabi m/s 254)
                -manusia umpama pokok , daun itu adalah dosa
*orang yang mengingati Allah , nescaya Allah akan menginggatinya
                -Surah Al-Baqarah : 152

bersedekah

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah R.A katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)


Renungan terakhir , apakah yang kita lakukan selama 24jam sehari? Jika kita ada masa untuk beberapa jam urusan duniawi , takkan kita tiada 10minit untuk urusan ukhrawi? Takkan kita semua tiada masa untuk membaca Al-Quran walaupun 1muka surat? Takkan tiada masa untuk beribadat kepada Allah? Takkan tiada masa untuk mengerjakan solat berjemaah dimasjid?iktikaf dimasjid? Takkan tiada masa walaupun hanya berzikir kepada Allah? Sampai bila kita akan terus lupa sedangkan manusia diluar sana sedang gelak melihat kita yang semakin leka dengan dunia ciptaan mereka! Dunia hiburan semata!

Pujangga ada mengatakan , jangan leka akan adat dunia , kerna kita ada adab dalam beragama, jika kita tidak beradab , kita akan menjadi biadap,(MohamadHafiz,2013)

Marilah memperbanyakkan amalan. Sesungguhnya amalan ini bukanlah hanya dilakukan pada bulan ramadhan sahaja , tetapi elok dilakukan pada setiap masa. Semoga ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. Amin …
Sesungguhnya ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah

Jadikanlah diri kita ini seorang yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air . insya’Allah .

Tuesday, July 2, 2013

Al-Quran Pelangi dengan tafsir ( Sinarilah Ramadhanmu )

Alhamdulillah , sempena bulan ramadhan ini , marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itulah yang akan menjadi syafaat kepada kita diakhirat kelak . ingatlah bahawa 2 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah .

Dengan ini , saya mengumumkan bahawa tidak lama lagi kita semua akan menempuhi bulan Ramadhan . oleh itu , bagi mencantikkan perjalanan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan , saya ada menjual Al-Quran Pelangi yang mempunyai 3 versi iaitu untuk Lelaki , Wanita dan Mahabbah(keluarga) . Al-Quran ini bukanlah untuk menjadikan kita seorang yang riak dengan adanya Al-Quran yang cantik serta mahal , tetapi adalah untuk menambahkan minat kita dalam membaca Al-Quran . setiap Al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam isi yang tersurat di dalam Al-Quran tersebut dan yang paling penting mempunyai TAFSIR .


Gambar pertama ialah Al-Quran Wanita . kedua ialah Al-Quran Lelaki dan yang ketiga ialah Al-Quran Versi Keluarga .

Al-Quran Lelaki dan Wanita : rm90
Al-Quran Mahabbah(keluarga) :rm120
jika berminat , PM : 0177987220 (hafiz)

Hayatilah Ramadhan anda kali ini dengan warna-warni . Insya'Allah , semoga kita dapat memperbanyakkan amal dibulan yang penuh berkat ini . menjual , membeli sambil bersedekah . insya'Allah ~

Sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran , tetapi bukanlah hiasan di dulang tetapi hiasan dihati raja sehari untuk duniawi dan ukhrawi .

Friday, June 21, 2013

Jawapan Nikahku

bila hati mula bertemu , rasa jantung berdegup laju ,
andai jiwa mula bersatu , itu tanda engkau milikku .


wah ,,, dah lama x berpantun , dh lama x update blog , tiba2 nk berjiwang . haha . ok , ini merupakan entry tentang realiti bujang zaman sekarang . ada yang kata baik kahwin awal , ada yang kata payah plak . jadi , dimanakah jawapannya ? jawapannya adalah pada diri sendiri . jika sudah rasa diri itu mampu . just do it ! jika tidak , wait for it . bukan apa , tidak mahu sebarang permasalahan melanda pada sekian hari . kita tidak tahu masa depan , tapi kita belajar dari masa lalu . jikalau risau , yakinlah ! REZKI itu ada . istikharohlah , mmg susah jika menunggu jawapannya secara memkhinzir buta , tapi Allah ada jawapannya . insya'ALLAH ~
Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)