Thursday, February 21, 2013

Tips menyempurnakan assigment dengan MUDAH

ombak besar , angin taufan , gempa bumi , ya Allah , sesungguhnya ini adalah satu bencana alam yang kau turunkan untuk mengingatkan kami semua agar tidak leka dan lupa akan dirimu . subhanallah ... tetapi itu adalah bencana alam yang besar , tetapi ada juga bencana yang kecil iaitu assigment . bencana ini kerap berlaku kepada semua pelajar yang masih belajar di IPTA dan IPTS seluruh dunia . ianya amat berat walhal hakikatnya ianya adalah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan . tetapi , akibat daripada menunda kerja dan kemalasan yang kian merebak didalam jiwa , maka inilah akibatnya . mulalah serabut kepala bagai nak pecah pown ada . tetapi kita kena lah beringat wahai kawan , sesungguhnya ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai pelajar. oleh itu , uruskanlah masa dan makanlah ubat yang boleh menghalang wabak malas di dalam dirimu . diantara ubatnya yang boleh saya syorkan ialah wuduk , solat dan berdoa then teruskanlah setiap tugasan dengan tenang tanpa ada sebarang tekanan . lakukanlah tugasan mengikut suasana yang mudah bagi kamu untuk berfikir . insya'Allah ,semuanya akan dipermudahkan . amin


No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)