Thursday, March 27, 2014

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah swt.
Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dr. Mohd. Arshad hj. Taib telah menyatakan budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Oleh itu, saya akan menerangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya didalam bilik darjah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya juga saya akan merangka rancangan pengajaran pendidikan islam dan menerapkan nilai kebudayaan kepada murid. Sesungguhnya, saya ingin menyatakan bahawa subjek pendidikan islam bukan hanya untuk orang islam tetapi kepada semua. Ianya jelas apabila setiap yang islam amalkan itu menerapkan nilai keharmonian dan menanam sikap toleransi dan menghormati sesama manusia.
Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Didalam Bilik Darjah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kini, kita telah mengetahui bahawa setiap murid mempunyai latar budaya yang berbeza mengikut keluarga, etnik, dan masyarakat yang berlainan. Oleh itu, setiap individu itu mempunyai keunikan tersendiri dan perlu dikaji agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa meminggirkan murid itu sendiri.
Menurut Alder (1948) didalam buku Perkembangan Kanak-kanak, personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Apa yang ingin dijelaskan ialah guru perlu memerhati personaliti setiap murid kerana ianya dapat membantu didalam merancang pembelajaran yang sesuai di dalam kelas. Contohnya dengan mengetahui kepelbagaian budaya setiap murid, guru akan merancang sesuatu pembelajaran yang mampu diterima oleh setiap murid.Hal ini kerana dengan memerhati dan menyelidik personaliti murid dari aspek agama,budaya serta gaya hidup mampu memberi guru satu jalan untuk mencapai pengajaran yang berkesan.
Kepelbagaian sosiobudaya telah memberi implikasi yang meluas kepada perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya member kesan kepada murid, guru,sekolah dan kurikulum tersirat. Apa yang ingin difokuskan kini ialah implikasi sosiobudaya terhadap murid. Sesungguhnya gaya belajar dan berfikir murid juga amat memberi kesan kerana murid yang bersifat auditori, visual dan kinestetik mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Melalui gaya berfikir, kita dapat lihat bahawa murid lelaki tidak memerlukan bantuan latar berbanding perempuan. Oleh itu, sikap ini amat member kesan kerana guru perlu member lebih pendedahan dan penekanan serta mengenalpasti tahap penerimaaan murid didalam kelas.
Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana murid yang belajar dikalangan satu kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana mereka hanya mengamalkan satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana pemahaman dan kesedaran konsep mereka hanyalah melalui bacaan dan bukannya amalan yang dilakukan dan dilihat disekelilingnya.
Ianya berbeza dengan murid yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka akan terdedah dengan amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang berlainan sama ada sedar ataupun tidak. Mereka juga akan belajar secara tidak langsung sama ada formal ataupun tidak.
Penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi juga memberi kesan kepada murid. Ianya jelas bahawa murid yang hanya menguasai satu bahasa iaitu bahasa ibunda atau dialeknya sahaja akan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran serta kurang faham akan bahan yang dibaca dan penerangan oleh guru lalu akan mengakibatkan mereka ketinggalan di dalam pelajaran.
Ianya berbeza dengan pelajar poliglot dimana mereka menguasai banyak bahasa dan kelebihan itu akan memudahkan mereka untuk mudah menguasai pembelajaran jika dididik dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaan murid itu sendiri. Maka, pendedahan KOMSAS perlu bagi semua lapisan murid terutamanya murid sekolah rendah. Menurut Othman Puteh (2002) didalam Jurnal Akademik Tahun 2004, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di peringkat sekolah menengah lebih menitikberatkan konsep dan definisi genre sastera yang dasar. Oleh itu, guru perlu memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah bagi memberi kemudahan kepada mereka kelak.
Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi sosiobudaya terhadap murid. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya wujud daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di pendalaman. Berbeza dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka di pinggir Bandar dan Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih luas dan jelas.
Akhir sekali ialah gender murid itu sendiri. Secara jelasnya bahawa murid lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di dalam penerimaan pembelajaran. Murid lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan mempunyai interaksi yang baik terhadap guru berbanding murid perempuan. Tetapi murid perempuan mempunyai daya ketekunan yang tinggi didalam kelas berbanding murid lelaki dan ini akan memberi tamparan yang hebat kepada seorang guru dalam mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran terhadap mereka.
Seterusnya ialah implikasi sosiobudaya kepada guru.  Guru perlu menerima kepelbagaian budaya dan memberi layanan yang adil kepada semua murid mengikut keperluan individu itu sendiri. Disamping itu, guru perlu memahami situasi pelajar daripada aspek latar belakang keluarga dan sebagainya bagi memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada murid itu sendiri bagi mengelakkan daripada terlepas pandang terhadap keperluan dan tahap penerimaan murid didalam pelajaran.
Guru yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif juga memberi kesan terhadap hasil pembelajaran murid kerana mereka akan berbincang didalam satu kumpulan dan mempunyai idea yang pelbagai. Kagan(1992) didalam Jurnal Pendidikan Guru Tahun 2002 mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai matlamat khusus atau mendapatkan suatu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan pelajaran. Oleh itu, ianya serba sedikit akan mendidik pelajar untuk bersikap toleransi dan kerjasama yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.
Sesungguhnya pembelajaran secara koperatif tidak akan Berjaya jika guru lemah didalam pengurusan hubungan diantara murid. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti setiap murid melalui tahap penerimaan dalam pembelajaran dan menggabungkan mereka didalam satu kumpulan yang terdiri daripada murid yang lemah, sederhana dan tinggi. Hal ini bagi menggelakkan murid agar tidak terpinggir dan ketinggalan didalam kelas. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah sosiogram.
Seorang guru akan memberikan aspirasi atau jangkaan yang berbeza terhadap setiap murid kerana mereka datang daripada pelbagai budaya. Oleh itu, guru perlu menjaga setiap murid dan tidak memberikan pandangan yang negatif terhadap sebilangan murid terutamanya murid yang datangnya daripada latar belakang sosioekonomi yang rendah. Hal ini kerana kebiasaannya guru akan membentuk pandangan yang negatif kepada murid yang lemah manakala murid yang pandai akan dianggap sebagai permata yang berharga kepada sekolah.
Hal ini akan menjadikan murid yang dianggap bermasalah ini untuk memberontak kerana ianya berasal daripada tanggapan pertama guru itu terhadap murid tersebut. Oleh itu, guru perlu menjaga setiap murid dari segi kebajikannya serta sosial murid melalui kaedah pastoral care. Menurut Hornby etc. al. (2003) didalam buku Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, pastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Kesimpulannya, guru perlu memberi murid bantuan yang sepenuhnya agar tiada murid yang rasa dirinya lemah dan terus lemah serta tidak mampu untuk berada diatas dan indah dimata guru.
Guru perlu bijak di dalam penggunaan bahan sumber yang sesuai kepada murid. Hal ini bagi mengelakkan dan menjaga sensitiviti setiap murid didalam kelas. Hakikatnya murid sudah terdedah dengan suratan yang tercatat pada buku teks maka guru perlu memberi sumber tambahan seperti menampal info didalam kelas. Info ini berkaitan untuk menambah serta mencambahkan pemikiran murid itu sendiri.
Hakikatnya, guru perlu menjadi mentor dan pada masa yang sama mengajar murid utntuk menjadi mentor kepada rakan yang lain. Edge (1992) didalam Jurnal Pendidikan Guru 1996 menghuraikan secara meluas berhubung dengan kemahiran komunikasi interpersonal dalam proses perkembangan kendiri. Komunikasi interpersonal yang mengutamakan sikap saling menghormati,empati dan keikhlasan. Ianya akan membantu kejayaan dan kelancaran didalam pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada sekolah boleh dilihat pada beberapa aspek iaitu jenis sekolah, lokaliti sekolah dan kepimpinannya. Kini , terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan Negara. Pada peringkat rendah,terdapat SK, SJKC, SJKT. Manakala pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Dengan adanya pelbagai jenis sekolah maka wujudlah pelbagai jenis hubungan berdasarkan murid di sekolah itu sendiri.

Apa yang ingin disampaikan adalah diperingkat sekolah menengah terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Ini adalah untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.
Tambahan pula, Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Hakikatnya, Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid-murid yang berpotensi di kawasan luar Bandar. Berbeza dengan Sekolah Pendidikan Khas yang menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka

Jelasnya adalah apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa seorang guru perlu memainkan peranan penting bagi menyuntik dan mendidik murid didalam menjaga hubungan dan menghormati sesama manusia. Hal ini kerana kita hidup didalam sebuah negara yang pelbagai agama, budaya dan kaum. Oleh itu, guru sendiri yang akan mencorak murid sama ada menjadi insan yang baik ataupun tidak.
Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan mereka. Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna. Hakikatnya, jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid didalam pembelajaran maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang teratur dan baik.
Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang ingin dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu menyelitkan elemen budaya.  setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang baik mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.
Akhir sekali, pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan bebas dari keburukan dan perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu bendera iaitu Malaysia.
Bibliografi
Edge(1992). Sistem Mentor Untuk Guru-Guru Permulaan : Antara Cabaran Dan          Harapan Oleh Salhah Binti Abdullah. Jurnal Pendidikan Guru. Bil 11/1996
Kagan(1992). Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 Dan Profesionalisme Guru Dr. Kartini Bt. Baharom. Jurnal Pendidikan Guru 2002. Bil 15
Othman Puteh(2002). Pengajaran Bahasa Melayu : Suatu Kerjaya Professional Oleh Hasnalee Bin Tubah. Jurnal Akademik Tahun 2004, MPTAR , Jilid 1 , Ms. 11-20

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)