Wednesday, May 7, 2014

EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK - Peranan Guru Untuk Membantu Murid Membentuk Personaliti Yang Positif Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Didalam Kelas

          Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang bermoral pada masa sekarang dan masa akan datang adalah sangat penting. Di mana guru bukan saja menyampaikan ilmu tetapi membentuk insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan spiritual. Guru yang memainkan peranan yang berkaitan dengan memberi bantuan dan semangat, memerhati dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturan-peraturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.
Menurut Shippen dan Shippen (2004), seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta keterbukaan, berkebolehan untuk memimpin dan menjadi contoh serta teladan kepada murid-muridnya, bijak dan cekap membuat keputusan yang memberikan kebaikan kepada muridnya dengan tidak menjejaskan kepentingan organisasinya, mengikis sifat mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid-muridnya
Sebenarnya, guru perlu memulakan langkah awal iaitu mempersiapkan segala perancangan untuk dibawa semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.Persiapan itu perlulah dilakukan awal agar sempurna dan mampu mencapai objektif. Contohnya, guru mempersiapkan bahan bantu mengajar yang lengkap jika ingin mengajar menggunakan papan layar atau perlu menyediakan bahan-bahan yang lain jika ingin melakukan aktiviti didalam kelas agar segala objektif akan dapat dicapai.
Hakikatnya,peranan guru itu lebih kepada pembentukan personaliti murid. Terdapat satu teori yang dipanggil teori pelaziman klasik yang membawa maksud suatu proses di mana gerak balas yang terlazim dipelajari , iaitu suatu gerak balas pada sesuatu rangsangan yang sebelumnya belum lagi menyebabkan berlakunya sesuatu perlakuan dan teori ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov. Menurut beliau , pelaziman klasik dianggap sebagai suatu rangsangan dan gerak balas dan ianya berlaku tanpa disedari oleh seseorang. Pembelajaran ini juga ada perkaitan antara rangsangan dan reaksi fisiologi. Dalam hubungan proses pembelajaran , teori ini dapat disesuaikan kepada murid. Guru tidak boleh membiasakan memberi ganjaran seperti hadiah kepada kanak-kanak untuk membuat latihan atau kerja rumah. Sebaliknya , kesedaran sendiri dan sikap cinta kepada pelajaran harus disemaikan dikalangan murid. Oleh itu, guru perlu memberi dorongan dan motivasi yang cukup untuk meransang murid agar minat akan setiap perkara yang dipelajari bukannya minat kerana hadiah yang diberi iaitu ganjaran dikala segala kerja rumah atau latihan disempurnakan dengan jayanya. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu pembelajaran.
Tambahan pula, semangat tolong-menolong haruslah ada pada setiap diri guru bagi membantu pelajar untuk mencapai pencapaian yang baik dalam setiap perkara .Contohnya,guru boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah yang gembira dan ceria.Hal ini seperti mengadakan sudut ilmu disetiap sudut kelas, membuat mural yang berunsur pendidikan yang berguna kepada murid, mengadakan pertandingan berbentuk ilmiah dan sebagainya. Ini akan dapat membentuk personaliti murid dengan lebih mudah.
Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, “If children cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way how they learn”. Penerangan daripada petikan tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar dan daripada cara itulah kita gunakannya sebagai alat untuk mengajar mereka.
Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku.
Pertama,gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari. Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalan-persoalan yang dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara didalam kelas dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri dan cuba dengan sedaya upaya mereka.
          Kedua adalah dengan menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran yang agak lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka, guru perlulah mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu dengan memberikan penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut.
Ketiga adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
Keempat adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap kepada pelajar yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini, perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu,guru perlulah menggalakkan perbincangan secara berkumpulan sewaktu pembelajaran berlangsung.

Oleh itu, terdapat pelbagai peranan guru untuk membantu murid membentuk personaliti yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Sesungguhnya, guru perlulah mengambil serius dalam kerjayanya agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa dengan sempurna kerana guru adalah titik permulaan bagi kanak-kanak mengenal dunia.

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)