Thursday, March 27, 2014

KKE - prbezaan IQ dan EQ

DEFINISI IQ

           
Definisi kecerdasan emosi ialah sebagai kecerdasan social yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Kecerdasan Emosi juga dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intellingence Quotient).


            IQ adalah singkatan kepada “ Intelligence Quotient”. “Intelligence” bermaksud tahap kepintaran seserorang manakala “ Quotient” bermaksud suatu ukaran piawai. Oleh itu IQ adalah suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori – teori kepintaran.


Definisi IQ ialah kecerdasan intelektual. IQ adalah kemampuan potensi seseorang untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan alat- alat berfikir.
Kecerdasan IQ terletak di dalam otak di bahgian Cortex (kulit otak). Kecerdasan ini memberikan kita kemampuan untuk membuat keputusan, berimaginasi dan memiliki daya kreatif serta inovasi.

           










DEFINISI EQ


            Definisi EQ (Emotional Quotient) ialah keupayaan, kemampuan menilai memahami dan meluahkan perasaan.  EQ sering dikaitkan dengan cara manusia mengendalikan emosi diri sendiri,serta orang lain.EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi.


Daniel Goleman (1999), mengemukakan bahwa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain.


            Goleman juga menyatakan bahawa penilaian seseorang bukan sahaja berasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ), tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial.   Goleman juga menekankan betapa perlunya kecerdasan emosi dalam dunia kerja.











BAGAIMANA EMOSI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN

            Emosi banyak memperngaruhi kehidupan manusia. Antaranya ialah sewaktu membuat keputusan.Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan  sumber informasi yang penting.  Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Kita perlulah mengawal emosi sewaktu membuat keputusan.

            Emosi juga mempengaruhi kehidupan di dalam kelangsungan hidup.Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri. Kawalan emosi yang baik mampu menyelamatkan diri kita apabila berada di dalam sesuatu masalah.

            Emosi juga penting di dalam komunikasi. Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.  Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi. Seseorang perlulah mengawal emosi masing – masing agar proses komunikasi dapat berjalan dengan lancer dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim.


            Emosi juga mempengaruhi kehidupan dalam aspek hubungan dengan orang lain. Kita perlulah mempunyai emosi yang sihat agar hubungan dengan orang lain tidak mendapat masalah. Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang negatif.  Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.  Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.  Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)