Wednesday, May 7, 2014

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN KSSR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM KELAS.
Guru merupakan orang tengah dalam menyampaikan dan menjayakan kurikulum standard sekolah rendah(KSSR) kepada murid. Guru juga perlu tahu dan mahir tentang setiap elemen yang ingin disampaikan tentang KSSR bagi melahirkan insan yang seimbang. Sesungguhnya guru adalah penyampai dan pengajar kepada murid untuk mereka mempelajari setiap ilmu bagi memudahkan serta meningkat taraf kehidupan diri,bangsa dan Negara disamping menyatakan pada dunia bahawa KSSR ini mampu menjadikan insan itu berguna didunia dan diakhirat.
Seterusnya,guru hendaklah menerapkan keterampilan diri dalam kalangan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Buku pengurusan gerak kerja kokurikulum,2004, Ab. Alim Abdul Rahim menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum lebih menekan nilai bakat,peranan,kepimpinan,sosial dan sebagainya. Oleh itu,guru hendaklah mempelbagaikan cara mengajar seperti memperbanyakkan aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki,perkhemahan,sukaneka dan sebagainya bagi menghilangkan kebosanan pada diri murid.
Guru juga hendaklah berliterasi komputer dan cekap teknologi bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dengan menyediakan permainan melalui komputer dan ditayangkan didalam kelas agar pelajar dapat membuka minda dan lebih minat apabila mempelajari subjek tersebut. Guru juga perlu menyediakan beberapa rakaman video dalam menyampaikan sesuatu ilmu seperti video tentang ilmu sains kepada pelajar agar dapat menyampaikan topik itu dengan lebih mudah difahami oleh mereka.
Tambahan pula,guru perlu mengadakan aktiviti bagi menerapkan elemen kemanusiaan didalam diri pelajar. Contohnya guru mengadakan lawatan sambil belajar ke muzium ataupun tempat yang bersejarah untuk mengajar murid-murid tentang asal-usul mereka agar mereka tidak lupa dan tidak menpersia-siakan perjuangan nenek moyang mereka pada waktu dahulu. Guru juga boleh melakukan aktiviti keluar dari kelas seperti berjalan disekeliling padang bagi merehatkan minda murid yang asyik terperap didalam kelas dan mengajar mereka melihat dan menghargai kehidupan disekeliling mereka.
Elemen fizikal dan estetika ini perlu diterapkan kepada murid oleh guru dengan guru berperanan melakukan sesuatu aktiviti yang mampu mengcungkil bakat mereka. Sebelum itu,guru hendaklah membuat perancangan untuk melakukan aktiviti pada waktu mengajar. Contohnya guru menyarankan murid-murid untuk melukis apa yang tersirat didalam pemikiran mereka pada waktu itu dan ini akan membuatkan setiap guru memahami dan mengenalpasti bakat yang ada pada muridnya. Sesungguhnya aktiviti itu mampu memupuk daya imaginasi,kreativiti serta bakat yang ada pada setia pelajar. Guru juga perlulah menekankan subjek pendidikan jasmani kesihatan kepada murid dengan menyediakan carta pemakanan dan menyampaikan tentang kesan tidak menjaga kesihatan agar murid cuba untuk menjauhkan diri daripada terlibat dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok dan sebagainya selaras dengan matlamat Malaysia untuk melahirkan rakyat yang sihat fizikal dan mental.
Peranan guru dalam elemen kerohanian,sikap dan nilai dalam subjek pendidikan islam perlulah dipelbagai contohnya mengajar murid tentang rukun iman dan islam serta melakukan ujian amali dan lisan serta aktiviti didalam kelas seperti teka-teki tentang rukun iman dan islam agar murid lebih peka kepada agama dan tidak memandang rendah. Guru juga boleh melakukan aktiviti luar seperti mengutip sampah disekeliling kelas sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk nilai positif dikalangan murid agar lebih peka kepada kebersihan sekeliling. Sesungguhnya pepatah islam ada mengatakan,”kebersihan itu separuh daripada iman”. Tambahan pula,guru perlu mengajar tentang adab sopan kepada murid agar mereka menghormati diantara satu dengan yang lain.
Akhir sekali,peranan guru dalam menyampaikan elemen komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah berkomunikasi dengan baik didalam kelas agar mudah difahami oleh setiap pelajar. Hal ini akan lebih mendekatkan hubungan diantara guru dan murid serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa ada masalah. Oleh itu, guru hendaklah mahir memahami situasi kelas seperti sekiranya kelas pada masa itu ialah kelas bahasa Malaysia dan terdapat pelajar selain bangsa melayu,guru hendaklah mempelbagaikan cara penyampaiaan agar semua murid didalam kelas tersebut dapat dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Guru juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan dengan mencampurkan pelbagai bangsa didalam satu kumpulan dan melatih mereka berkomunikasi dan memahami diantara satu sama lain.

Konklusinya,guru haruslah mempelbagaikan cara mengajar didalam proses pengajaran dan pelajaran didalam kelas agar murid dapat segala ilmu yang ingin disampaikan. Sesungguhnya guru merupakan ajen penyampai maklumat kepada pelajar. Didalam buku pendidik dan pendidikan,1984,Atan Long,menyatakan masyarakat moden mempunyai golongan ahli-ahli yang ditugaskan menjadi guru bagi mendidik generasi muda supaya menjadi ahli masyarakat dan rakyat yang berguna mengikut aspirasi Negara berkenaan. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam penyampaian didalam kelas kepada murid agar dapat merealisasikan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dengan jayanya mengikut hasrat dan kehendak kementerian pelajaran Malaysia dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)