Wednesday, May 7, 2014

Gurindam Islam

Barangsiapa tiada memegang agama

Sekali-kali tidak boleh dibilangkan nama

Barangsiapa mengenal Allah,

Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barangsiapa mengenal diri,

Maka telah mengenal Tuhan yang hakiki.

Barangsiapa mengenal dunia,

Tahulah ia barang yang terpedaya.

Barangsiapa mengenal akhirat,

Tahulah dia dunia mudharat.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika hendak mengenal orang berbangsa,

Lihat kepada budibahasa.

Jika hendak mengenal orang berbahagia,

Sangat memelihara yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang yang mulia,

Lihat kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,

Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,

Di dalam dunia mengambilbekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,

Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila banyak berkata-kata,

Di situ jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,

Itu tanda hampiri duka.

Apabila kita kurang siasat,

Itulah tanda pekerjaan sesat.

Apabila anak tidak dilatih,

Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencacat orang,

Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,

Sa-sia sahajalah umur.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tanda orang beradat,

Elok perangai sempurna sifat.

Tanda orang beriman,

Perangainya elok berbicaranya sopan.

Tanda orang berilmu,

Cakapnya tidak menyingkap malu.

Tanda orang terpuji,

Bercakap tidak mengeji,

Berbicara tidak memfitnah,

Menyanggah tidak menyumpah.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat banyak faedah.

Apabila hendak rukun dan damai,

Elokkan laku baikkan perangai.

Apabila laku bersopan santun,

Negeri aman hidup pun rukun

Apabila hidup tahukan diri,

Maruah tegak tuah berdiri.

Apabila negeri hendak sentosa,

Ekokkan dulu budi bahasa.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau mencari ilmu di dunia,

Luruskan olehmu dengan agama

Kalau hidup hendak selamat,

Carilah ilmu yang bermanfaat.

Kalau hidup hendak jadi orang,

Menuntut ilmu janganlah kurang.

Kalau hidup hendak terhormat,

Carilah ilmu jauh dan dekat.

Kalau hendak terpuji,

Menuntut ilmu jangan berhenti.

Kalau hidup hendak bertuah,


Menuntut ilmu jangan lengah.


# ilmu tidak boleh dinilai oleh mata wang , ianya mempunyai harga yang tersendiri , iaitu kemurnian .
idea : pakcik
gambar hiasan : KhairulAmilein|PHOTOGRAPHY

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)