Wednesday, May 7, 2014

EDU3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU - LAPORAN ANALISIS

Laporan What You Don't Know Can Hurt You By John Mccullum
John merupakan seorang guru pelatih di sebuah sekolah rendah.John sering menghadapi masalah untuk mengawal kelas gred 8 yang mempunyai 15 orang murid.Ianya terdiri daripada 7 orang murid pandai manakala yang lemah seramai 8 orang. Seterusnya 5 orang yang lemah itu suka bercakap,ketawa dan suka mendominasikan kelas ketika John mengajar.
Pada suatu hari,John merancang untuk menjalankan kelas tersebut dengan mengadakan kuiz kerana guru penyelianya tidak hadir. John berasa bebas untuk menjalankan kelas tersebut mengikut pendekatan yang berlainan berbanding dengan pendekatan yang selalu digunakan oleh penyelia iaitu dengan hanya memberi tugasan individu untuk disiapkan dan kurang aktiviti kumpulan. Bagi John, adalah sangat penting menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.
John telah gagal mengawal aktiviti berkumpulan di dalam kelas kerana telah tercetus satu pergaduhan di antara Chris dan Richard.Richard terus mencetuskan masalah tingkah laku di dalam kelas.Seterusnya tercetus pula masalah di antara John dan Richard kerana John bersikap tidak profesional dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana hanya menyalahkan Richard sahaja dan telah melepaskan Chris kerana dia adalah murid yang bijak.John juga bertindak nekad ingin menghukum Richard apabila murid tersebut bersikap kurang ajar kepadanya.Richard telah memberontak di atas tindakan John yang kurang adil terhadapnya.
Apa yang jelas sekarang , semua masalah tercetus apabila John melaksanakan pendekatannya sendiri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sesungguhnya, John adalah seorang guru yang tidak efektif serta kekurangan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam mengajar.Dia juga gagal dalam menguruskan bilik darjah dan gagal dalam membina keceriaan, interaksi dan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sesungguhnya terdapat beberapa model yang telah dikenalpasti.Diantaranya ialah Model Akibat Logikal oleh Dreikurs iaitu menekankan kepentingan guru dalam memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin dalam bilik darjah.Selain itu, guru perlu mengenalpasti punca masalah tingkah laku yang berlaku serta Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan disiplin dalam bilik darjah.
Seterusnya , Model Pengurusan Kelompok oleh kounin mengenai Pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi kesemua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Ianya dapat dilihat apabila John segera meleraikan pergaduhan di antara Richard dan Chris sebelum menjadi bertambah serius.
Seterusnya ialah Model Disiplin Asertif  oleh Canter. Ianya berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Murid akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru yang telah memberikan peneguhan positif tetapi jika sebaliknya murid melanggar peraturan itu,guru perlu mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur. Contohnya ialah John mengenakan peneguhan negatif terhadap Richard iaitu tetap akan mengenakan kelas tahanan terhadap Richard seandainya dia masih melakukan masalah tingkah laku tersebut.
Model seterusnya ialah model Modifikasi Tingkah Laku daripada Bf Skinner yang menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Elemen luaran ini berupa peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki.Contohnya apabila Richard dikenakan hukuman kelas tahanan di atas tingkah lakunya yang kurang ajar dan tidak mendengar kata.
Oleh itu , terdapat beberapa jalan penyelesaian diatas kes yang telah berlaku. Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Secara umumnya, seorang guru perlu memahami muridnya yang ada di dalam kelas.Guru juga perlu menghadiri kelas pengurusan emosi dan perlu memastikan setiap muridnya tidak berpuak-puak.Apa yang penting sekali ialah guru tidak boleh bersikap pilih kasih dan perlu adil kepada muridnya.
Bagi menjadikan John seorang guru yang efektif , dia perlu dihantar menghadiri kursus untuk memantapkan lagi ilmu keguruan. John juga perlu diberikan guru pembimbing yang banyak pengalaman dalam mengajar.John juga perlu memastikan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid di dalam kelas.
Secara logiknya dalam menyelesaikan masalah ini ialah Sepatutnya John bertanyakan kepada guru kelas bagi mengetahui tentang latar belakang setiap murid yang terdapat di dalam kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut.  Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran John apabila dia sudah sedia maklum akan masalah bakal murid yang diajarnya. Rancangan Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai mengikut keperluan dan juga kemampuan muridnya setelah disemak oleh guru pembimbing.

Konklusinya, seorang pendidik  perlu progresif dan saintifik dalam setiap perkara yang berlaku. Guru juga harus memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus dan melanjutkan pelajaran serta jangan mudah terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan murid.Sesungguhnya Orang yang hidup harus bersikap berani menghadapi risiko.Salah satu jenis risiko adalah menghadapi masalah dalam kehidupan dan pekerjaan.Masalah boleh mematangkan seseorang apabila dihadapi dengan tabah. Contoh yang amat jelas apabila dilihat akan Kejayaan Nabi Muhammad dalam menyebarkan kebenaran Islam  sehingga orang yang digambarkan sebagai  orang yang amat ganas semasa zaman jahiliyyah seperti Omar Al-Khattab dan Khalid Al-Walid dapat ditewaskan apabila mereka memilih Islam. Ini adalah kerana semangat juang Nabi Muhammad yang tidak pernah luntur, akhlaknya yang jujur, istiqamah dalam dakwahnya, disiplin dalam kerjanya dan pelaksanaan prinsip berjemaah yang baik.

No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)