Tuesday, May 6, 2014

Si Tua dan Orang Kaya

dengan mataku , telingaku , mulutku ,
kini , 
aku sudah sedia mengembara .

didalam perjalananku , 
kumelihat seorang tua meminta dengan cupaknya , 
kasihannya dia , hidupnya pasti sengsara ,
merana ,
sedih melihat usianya ,
dunia ...

kuteruskan langkahku lagi ,
aku berhenti ,
eh , siapakah dia ?
kemas berkemeja ,
berkereta mewah seperti orang kaya ,
oh , megah sungguh si dia .
dunia ...

tiba-tiba ,
aku berhenti seketika ,
berfikir akan dunia ,
mengapa yang miskin dihina ,
sering disanjung si kaya ?
adakah ini nilai dunia ?

ALLAH ~

aku sedar ,
semua yang diciptakan mempunyai nilai ,
tetapi nilainya bukan pada harta sahaja ,
kadangkala amal baik itu juga adalah harta ,
biarlah si tua dengan cupaknya , 
kerna dialah harta sebenar bagi si kaya ,
eh , kenapa ya ?
oh ... aku sedar kini ,
jika si tua tiada ,
dimana si kaya mahu berkongsi hartanya ,
kerna si kaya sudah kenal pencipta ,
maka hartanya perlu dikongsi jua ,
pada si tua ,
dan dunia ...


No comments:

Post a Comment

Putih-putih Melati , Merah-merah delima ,
Bila hati bertemu hati , Segala ilmu dikongsi bersama (MohamadHafiz,2013)